:: salam dunia salam semua ::

:: Terima kasih sbb sudi jengah blog nie. Bile da jengah tu silelah follow k. Xpon tinggalkan jejak kt shoutbox. Kompem aku akn follow korg balek. Jase kamu semua amatlah dihargai! ::



Hei korang! Jom la beli baju-baju si comel korang. Murah je uols.

InsyaAllah aku akan update baju-baju yang lain.


Klik sini ye.

Noor Syazwani



Followers

..+jempot masok+..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

~Seronok klik cini~

Showing posts with label Itam Putih Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Itam Putih Kehidupan. Show all posts

Monday, February 25, 2013

.:Jalan-jalan di Melaka:.

Cerita basi nie uols. Ktorang g sini mase cuti sekolah yang lepas xsilap dalam bulan 11 yang lepas. Sebagai kakak yang baik, aku angkut sekali adik aku. Dorang suke je kot g jalan. Melaka dan rumah aku xde la jauh mane. Xsampai 2 jam sampai kot. Lepas tu, ktorang selalu gak ke Melaka, sebab kt Melaka ktorang banyak sedara-mara. So kalo g Melaka dengan family memang 1 hari xcukup sebab kene round semua rumah sedara-mara.

Kami bertolak dari rumah dalam pukol 9pg kot. Konon nak gerak lagi awal. Tapi siape la kami kan. Mesti lari dari perancangan. Dengan ade anak kecik lagi. Huh! Memang kompem la lambat ciap nye kan. Mak bekalkan kami nasi lemak ayam. Kihkihkih. Macam ape kan, siap nak berbekal-bekal bagai. Tapi xpe la. Mak aku xkisah. Makin die galakkan. Sampai zoo dekat pukol 11 pagi. Cuaca da mula panas terik. Belum masuk perkarangan zoo lagi da berderet kereta tunggu turn. Jangan cakap pasal parking la. Memang la kawasan parking luas. Luas-luas pon da hampir penuh tau! Jenuh la cari parking. Terpaksa parking jauh. Pas da dapat parking mula la jenuh menapak!

: tunggu suami beli tiket :

Harga tiket bagi orang dewasa RM10. Kanak-kanak RM4. Baby pula FREE! Ramai orang mase nie. Cuti sekolah kan. Belum masuk lagi da bingung orang ramai. Haha. So beli tiket setel. Terus kami masuk dalam memulakan ekspedisi. 

: da nak same beso dengan mak usu :

: punye serabai da muke die. sebab panas. lupe nak bawak kipas. huhu :

: see. khusyuk hanania tengok :


: time nie dok tengok orang lalu-lalang :

Sampai pertengahan jalan, kami berhenti kejap dekat pondok yang disediakan disekitar zoo nie. Banyak pondok yang disediakan. Berhenti sebab nak tukar pampers Hanania, nak bagi makan Hanania & kami pon nak makan bekal yang mak bawak kan. 

: budak jakun :

Kat sini ada jugak disediakan kenderaan untuk pusing-pusing dalam zoo nie. Macam keretapi. Ktorang memang saje tak nak naek bende alah tu. Konon xpuas nk tengok binatang. Kesudahannya, semua rasa menyesal tak naik. Sebab zoo melaka nie besar. Penat la weh jalan kaki.

Kat penghujung zoo nie korang boleh lalu tasik. 

: suami isteri :

: mereka :

: Hanania tdo mase nie :
: kami adik beradik :

: siblings :

: cian hanania terlentok kepala dia :

Selepas g zoo, ktorang g Banda Hilir. Adik-adik sibuk ajak naik Muzium Kapal. Layankan aje la kan. Lagipon memang niat nak bawak diorang g jejalan mase cuti sekolah kan.



Lepas tu, hujan turun dengan lebat nya. So ambik keputusan untuk balik je la. 

Oh. Mase kat zoo suami ada belikan Hanania cap. Macam comel je kan.

: cap 1 :

: cap 2 :


Untuk maklumat lanjut boleh tengok link kat bawah ye.
SINI dan SINI





























Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Saturday, February 23, 2013

.:Macam mane boleh kurus?:.

Dulu masa zaman sekolah aku xde la gemuk mane pon. Standard berat dalam 52kg kot mase tuh. Lepas SPM aku dapat masuk PLKN. Tak jauh sgt kot pada aku. Aku kene di Melaka. Masa kt PLKN tu plak kan makan disediakan. 6 kali sehari. Lepas tu hati pon senang. Xbanyak masalah. Duit pon orang tua bagi. Pastu family dtg ziarah tengok aku kt kem tiap-tiap minggu. So xde ape yang nk dirisaukan dan dipikirkan masa kat kem nie. Masa aku masuk PLKN dulu tu adalah 1st batch, Kementerian Pertahanan baru lancarkan. Masa tu pelatih PLKN memang x dibagi balik rumah mase cuti sabtu ahad. Family je yang boleh datang melawat kite kt kem. Bayangkan 3 bulan xbalik rumah. Ambik keputusan SPM pon kt kem. Hoiii! Xsyok langsung!

Bila tamat PLKN, ramai orang yang tegur aku, badan aku naek ckit. Yela makan 6 kali sehari. Hati manyak senang. Mau nye xbadan naik kan. Lepas dari PLKN aku mase form 6 sekejap. Then dapat panggilan untuk masuk Politeknik. So aku pon tinggalkan form 6 dan msuk Poli. Mase tu aku dapat kt Politeknik Pasir Gudang je. Start dekat poli nie nak kate ati aku senang xde la jugak. Yela, mane nk pikir assignment, ujian, exam, projek akhir sem nye lagi. Mase tuh duit da mule jadik masalah bagi aku. Huhu. Da duduk dengan kawan-kawan nie kan kite mule belajar nak beli tu, beli nie, g sane, g sini. Mase nie baru terasa la duit amat penting. Kene pandai jimat. Pastu asik nak mintak family duit je mcam malu plak kan.

Walaupon mase nie dok banyak bende yang di pikir, badan aku boleh naek mendadak. Aku bujet mase tuh berat aku dalam 65kg-70kg kot. Mase nie memang xrajin sangat timbang berat badan. Sebab takut berat makin naek. Nak kate aku kuat makan xjugak kot. Makan sekali 2 3 kali je kot. Tapi mungkin sebab mase study aku suke makan megi. Pastu makan mesti waktu 9mlm ke atas. Huhu. Mau nye xnaek berat badan kan?

gemok kan??? hahaha muke macam sembap pon hado.kahkahkah..

Lepas habis Poli, aku trus dapat kerja sambilan. Mase tu xkisah kot gaji beso ke kecik ke. Yang penting ada duit masuk tiap-tiap bulan. Masa tu aku dapat keje kt taska. Jage budak-budak. Sumpah penat uolls keje kt sini. Budak-budak ada dalam 30 orang + baby bawah setahun ada dalam 3 4 orang. Pekerja pulak 3 orang saje. Bayangkan lah. Memang penat. Mase makan pon kene rushing. Xde nikmat langsung. Makan pon aku rasa macam kene catu kot. Sebab akk yang tukang masak nie masak ckit je. Kalo petang tu, kadang aku dapat makan kadang tak. Kalo ada makanan lebih yang akk tu masak barulah aku makan. Kalo tak memang tak makan. Kadang lapo baru keluar makan. Tu pon jarang sgt kuar g makan. So kira nya dapat makan sekali sehari. Kalo ada rezeki dapat mkan 2 kali sehari. Kadang kalo petang da xde makanan, then malas nak kuar, so pukol 8 malam aku da membuta. Kihkih. Masa nie berat badan da mula turun ckit . :-)

aku mula kurus ckit kan? hehe

Pastu aku trus konvo. Masa konvo nie member-member tegur ape petua boleh kurus. Haha. Aku cakap la mane ade petua. Aku penat keje je. 

 Time konvo!

Lepas konvo, aku dapat keje jadik kerani. Alhamdulillah la kan dapat peluang lebih elok ckit. So aku trus move on! Masa nie berat badan maintain! Masa aku keje jadi kerani nie la, suami aku hantar rombongan merisik. Sebulan selepas merisik, kitorang pon tunang. Ha mase nie aku da kire slim la nie. Berat area 50kg-51kg. Bagi aku kurus la nie. Haha

Masa tunang!

Dalam masa yang sama, aku dapat offer kerja yang lebih baik. Sampai la sekarang aku keje kt company nie. Alhamdulillah. Aku kawin pon dengan hasil usaha kerja dengan company nie. Bile da start tunang, macam-macam bende la nak kene pikirkan. Pikir duit, nak kawen. Tu belum masuk nak shopping. Masa nie memang selagi boleh jimat aku akan jimat. G keje bawak bekal uolss. Mak kite buatkan. Hehe. Berat badan mase nie alhamdulillah masih di tahap maintain.

Masa nikah dan sanding.

nie kire gambar latest la (selepas pregnant)

Alhamdulillah, selepas pregnant pon berat badan aku masih di tahap yang memuaskan. Aku memang xde istilah berdiet, makan ubat kurus ke ape. Semua nie berlaku secara sendiri. Pada tafsiran aku, aku penat bekerja, jadi ape yang makan cepat dihadam. Kadang da penat keje malas nak makan. Tapi sejak kawen, xde istilah xmakan kot. Hehe. Pantang nampak makanan ade la. :-)




























Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Wednesday, February 20, 2013

.:Rumah Family VS Rumah Sendiri:.

Salam. 

Untuk pengetahuan korang, aku dari sejak kawen smpai la sekarang still duduk dgn family aku. Da nak dekat 2 tahun kawen pon. Tapo masih duduk bawah ketiak mak abah lagi. Kadang bila dgr orang bercakap macam tu, rase nak marah pon ada, rasa tersinggung, kecik ati. Kenapa la dengan mulot orang-orang nie kan? Aku xkacau kehidupan korang sudah. 

Aku pon macam orang lain jugak. Nak merasa hidup berdikari. Walau duduk rumah sewa sekalipon, aku still ada niat. Suami pon kadang ada menyuarakan hasrat tanya aku "Bila kita nak pindah?" Aku hanya mampu jawab "nanti la.." Tak pon hanya mampu senyum je. Peratus untuk duduk rumah sendiri adalah 40% manakala duduk ngan family 60%. Aku pon tak tau kenapa. Mungkin aku berasa seronok kot dok ngan mak abah. Dapat tengok dorg ketawa, senyum setiap hari. Walaupon kat rumah aku tu masih ada adik-adik aku yang duduk situ. Kira nya maksud aku, kalau aku tak duduk situ pon still kecoh la dengan suara adik-adik aku.  

Aku adalah anak sulong dalam keluarga. Kadang aku rasa aku belum dapat membalas jasa mak abah. Jadi bila duduk dengan dorang kalau dorang perlukan bantuan, aku dan suami sentiasa ada untuk membantu dorang. Walaupon majoriti yang duduk dalam rumah aku tu semua pandai bawak moto & kereta, tapi kalau da name nya malang xberbau, kalau tetiba dorg perlukan bantuan aku atau suami boleh jadi driver dorg. Oleh kerana aku anak sulong, maka Hanania merupakan cucu sulong untuk mak & abah la. Makin ceria kot rumah mak abah dengan kehadiran Hanania. Cucu pertama la katakan. Mak abah pulak jenis orang xberkira. Mak & abah lagi suka kot aku, suami & hanania duduk same dengan dorang.

Kadang bila ada orang yang da lame xjumpe mak & abah. Then bila jumpa mak & abah, dorang mesti ckap makin semangat tgk mak n abah. Lepas tu mak mesti balas, "Ati senang, anak semua ada depan mata". Lepas tu kadang family in law dtg rumah mak & abah. Dorang bermalam kat rumah mak abah. Mak abah xkisah pon. Family in law pon jadi macam da biasa dengan keadaan macam tuh. So lagi senang dorang nak berborak panjang kot. 

Lagi satu sebab aku duduk dengan family adalah kerana aku nie keje on-call. Waktu cuti, waktu malam, waktu pagi-pagi buta kadang kene angkat fon kalo ada fault. Kadang kalo melibatkan malam dan pagi-pagi buta nie msetilah aku kaut suami aku sekali ajak teman. Nasib suami memahami. Tapi kadang bising jugak suami aku tuh. Tapi nak buat cm mane da namenye kerje kan. So bile aku da ajak suami Hanania mesti lah aku akan tinggal dengan mak & abah. Kalau waktu malam tu terpaksa dukong Hanania, alihkan tempat tdo dia. Letak sebelah mak abah. Kadang kalo kene waktu siang aku akan g sorang. Aku akan suruh suami yang jaga Hanania sampai la aku balik. Kalau balik malam, sampai malam la Hanania dengan mak dan suami kat rumah. 

Adik-adik aku plak bru merasa jadik makcik dan pakcik. Kompem la Hanania jadi rebutan. So bila aku kene kerja memang dorang la yang akan bantu mak tengok-tengokkan Hanania. Oh ye. Waktu kerja hari biasa aku hantar Hanania ke rumah pengasuh tau. Tapi rumah pengasuh sebelah umah mak abah je. Huhu. 

So pada korang yang dekat luar sana, jangan la nak pandang serong pada aku yang duduk dengan family nie ye. Walaupon aku dok dengan family aku, aku still buat kerja rumah ye. Memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagai nya. Aku bukan jenis orang yang dok rilek je. Aku pon tau malu walaupon dengan mak abah sendiri. Balik kerja penat-penat pon kadang memasak, membasuh baju, melipat kain. Aku paling xsuka  orang sindir-sindir cakap " Senang la ko, dok dengan family, semua kerja ada orang tolong buatkan." Pada aku itu hak masing-masing kot. Xpayah la nk bercakap sindir macam tuh. Kalo korang nak duduk dengan family korang pon boleh kot. Silakan. 


Ada sorang adik aku yang xmasuk dlm pic nie. :-)



p/s : Saya bersyukur dengan kehidupan yang Allah da aturkan untuk saya. :-)


Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Friday, February 1, 2013

.:Perkembangan Anak sepanjang 7 Bulan:.

Salam. Hohohoi! Lame betol tak menaip. Mood malas la. Blogwalking rajin la. Alhamdulillah. Pejam celik anak aku, Hanania da nk masuk 8 bulan pun 3hb2 nie. Kejap je mase berlalu. Kadang masih rasa macam xcaya da ada anak. Macam-macam perkembangan dia sekarang. Tido pon da berkurangan. Kalau waktu cuti memang nya xdapat la aku nak tido tengahari nie. Sebab tu waktu die celik. Kalau da celik, suke la mengacau orang tido. 



Sejak usia nak masuk 5 bulan Hanania da pandai meniarap. Kelakar masa mula-mula tengok dia nk meniarap. Lepas meniarap, dia tak reti maju ke depan tau. Dia reti mengundur je. Asal meniarap je mesti mengundur. Bukan men laju mengundur. Masuk 6 bulan dia da mula-mula belajar angkat buntot time meniarap. Mak kata "tak lama lagi meniarap la nie." Masa nie maju xpandai lagi ok. Berat buntot agak nya anak aku nie. Hehe. Masa nie pon xreti sangat kacau kite tengah tido. Masa umur 6 bulan nie jugak aku kenal kan bubur nasi dekat Hanania. Buat pengetahuan uolls semua, umur Hanania masuk 3 bulan lagi, aku da bagi dia nestum. Begini ceritanya : Masa nie aku balik kg suami. Masa tu, Hanania tak de la nangis. Tak de lah merengek. Ntah macam mane ntah, abah mertua aku g kedai belikan nestum untuk Hanania nie. Abah suroh mak bancuhkan. Masa tu emak bagi guna sudu. Hanania pulak main ngap je ape orang bagi makan. Lepas tu Abah terus pesan suroh bagi Hanania makan. Nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapak uolls. Kene la ikot kata. Lepas dari peristiwa tu, asal balik kampung je, mesti abah mertua tanya "bagi makan nestum tak?". Huhu. Tapi mase tu aku lebih senang bagi nestum guna botol susu. Aku buat cair-cair cikit la. 

Masuk umur 6 bulan aku start bagi makan bubur nasi. Mula-mula bagi rase makan puri epal. Tapi Hanania xmau. Last-last aku try bagi bubur nasi. Alhamdulillah. Dia nak. Sampai la sekarang nie masih lagi makan bubur nasi. Hari-hari kat rumah pengasuh pun aku bekal kan bubur nasi. 

Nak masuk umur 7 bulan, Hanania start maju ke depan. Tapi setapak-setapak la. Dalam masa yang sama, keesokan paginya, bangun tido dia trus pandai merangkak. Bila da start merangkak nie la yang dia da pandai kacau orang tido, da pandai kemas rumah, da pandai kacau makcik-makcik dia buat homework. Hehe. Menjerit-jerit adik aku kalau Hanania datang mengacau. Dan dalam usia Hanania 7 bulan setengah, dia da pandai duduk dengan tanpa bantuan sapa-sapa. Sebelum nie, die duduk tapi senget. Xberani nak lepas tangan sebelah. Alhamdulillah, sekarang dia da pandai duduk sendiri. Dan da sibuk nak belajar berdiri. 



Bila tengok die bermain sambil duduk, rasa macam kagumnyeeeeeeeeeee! Dalam 6 bulan lebih tu dia da pandai main tepuk amai-amai. Siap bunyi tangan dia kalau tepuk. Lepas tu sengih. Hehe. Cuma bab pegang botol tu kadang dia rajin kadang dia malas. Sebab dia kalo menyusu, tangan dia xreti diam. Ada je bende nak dibuat nya. Main-mai rambut la. Tepuk-tepuk tangan la. Jadi kalo orang suroh pegang botol, nanti die tepuk-tepuk botol tu. Kang terlepas la botol nya. Tak pun kadang die main tarik-tarik botol nya. 




Walau apapon, aku still berbangga dengan pencapaian anak aku nie. Kagum! Sangat kagum tengok perubahan pada diri dia.





















p/s : Moga diberi kesihatan yang baik untuk melihat lebih banyak lagi perkembangan Hanania. Dan moga Allah bagi Hanania kesihatana yang baik juga. Mama syg kamu adikkkkk!

Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Thursday, November 22, 2012

.:Hanania Version Ustajah:.

Hai.Hai.Hai. Wah lama betol xupdate blog ye. Tuan blog bz. Sebelum nie keje banyak juge. Cume buat-buat xnmpak je keje tuh. Hahaha. Jahat tak? Minggu lepas, dapat email dari Boss mengatakan yang Unit aku kene ISO Audit. Perkara-perkara yang kalau boleh nak dielak-elakkan terjadi juga. Tahun lepas turn Kluang, tahun nie turn Batu Pahat plak. Disebablkan dari aku cuti bersalin ari tu sampai la aku da naek kerja, fail-fail yang bertimbun tu tak berusik. Maka dengan tidak sukarela nya, bila da abis cuti bersalin aku la yang kene ngadap bende-bende nie semua. Adoyai. Setiap hari buat sikit-sikit. Tapi kan walau bz manapon, aku tetap jengah blog korang tau. Lagi-lagi mummies blog. Macam seronok baca cerita korang. Cerita pasal anak. Zaman cerita pasal diri sendiri da lepas. Sekarang turn cerita pasal anak plak ye. Haha.

Ahad yang lepas-lepas-lepas ntah brpe kali lepas, aku dan sebahagian dari family aku g Senai Airpot. Jemput Makcik dan Pakcik aku balik haji. Alhamdulillah. Selamat pergi dan selamat kembali diorang. Bertolak pukol 6pg. Rancangnya taknak bawak Hanania. Tapi disebabkan dalam masa yang sama rumah aku dikunjungi Pelancong Singapore pastu mak aku kene bekejar untuk memasak kat rumah Makcik aku lg (sbb nak buat kenduri kesyukuran cikit untuk Makcik & Pakcik aku yang balik Haji tu) so aku bawak la Hanania. Hanania nie da biasa bangun 5 6 pagi nie. So xde masalah la. Cume pagi tu aku xmandikan dia la. Sejuk kan. Just tukar diapers dan baju sajo. Pastu sapu losyen dan bedak. Wangi sudah! Haha.

Sampai Airpot dalam pukol 8lbh gitu. Pastu pihak Tabung Haji umumkan yang jemaah dijangka akan tiba pukol 9:20 pagi. Melanguk la menunggu di Airpot ye. Sementara menunggu tu Hanania sempat tido dalam 30 minit. Masa dalam kereta tu die tido jugak. Xlama pon. Hampir sejam je. 

Pastu pakcik dan makcik aku de belikan Hanania tudung. Comel giler ok. Haha.


Geram nye!


Ciap ade penghadang matahari lagi uolls tudung nie..kihkih





Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Friday, November 2, 2012

.:Nafsu Makan:.

Adoyai. Bukan nak kate ape. Tapi nafsu aku utk makan semakin bermaharajalela plak. Asik-asik lapar. Memang sentiasa nk makan. Sentiasa nak mengunyah. 

Korang bayangkan la. Sebelum pergi kerja dalam kol 7:50 pagi, kt umah tu da sarapan. Mak mesti sediakan sarapan punye. Walaupon setakat pisang goreng @ cekodok mesti aku makan seulas dua ulas. Eh betol ke penggunaan bahasa aku nie. Huhu. Pastu kang mesti g kerja tapau cekodok @ pisang goreng tadi. Kang kol 10 lbh aku makan la bekal tuh. Dalam kol 10 tuh mesti perot lapar. Kalo xdisumbat dengan makanan mesti aku akan pening kepala. Pastu kang rehat tengahari melantak nasi bungkus. Kang kol 3 ptg kalo bekal pg td ade lg aku mkn la. Kalo xde mmg aku wat xpaham je bila perot mogok kelaparan. 

Balik kerja, pung pang pung pang, masak ape yang patut. Pastu malam kang makan. Sbb makan saing-saing dengan en.suami. En.suami kadang balik lambat. So nk xnak kene tunggu dia. Kadang mcm nk mengamuk bila dia balik lambat. Then terhegerh-hegeh nak mandi. Nak main dengan anak dulu baru leh makan. Aku da kelaparan dia boleh lengah-lengahkan plak kan. 

So korang bayangkan la. Berapa kali aku makan sehari. Berat badan sila maintain ye! Xmo naek banyak-banyak sgt. Huhu

Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Tuesday, October 30, 2012

.:Raya Haji Kami:.


Assalamualaikum korang...

Alhamdulillah. Masih diberi nafas utk bernyawa hari ini. Macam mane dgn hari raya haji korang? Meriah x? Aku sambut biasa-biasa saja. Seperti yang telah dirancang aku beraya di belah aku dahulu. Petang raya haji baru kami bertolak balik ke kampung suami. Alhamdulillah. Jalan xjem. Hanania pon baik. 

Dlm 20 minit sblum sampai kampung suami, adik suami kol. Dia cakap diorang nak pegi mandi kolam. Makcik-makcik suami stay umah suami malam hari tu. Sbb mak suami anak sulong. Pastu suami da xde atok nenek lagi. So tiap kali raya mmg dorang akan stay semalam dua kt umah suami. Suami tanya nk follow dorang x? Aku ckp xkisah. Kalo ikot ati mmg nk ikot. Tp aku respect si suami la takut die penat drive xnk g. Kang sian dia plak kan. Pastu suami kate on. Oh Yeah!! Niat kami sbb nak bagi si Hanania tu cuci mata. Dia suka tgk orang ramai. 

Sampai saja di rumah suami, dorang da get ready nk gerak. So aku tukarkan pampers Hanania dulu. Kemudian baru bertolak. Kami ke Tanjung Balau. Kt ctu ade chalet dan kemudahan kolam renang. Kampung suami nie dekat dekat pantai. Bg org johor tahu la kot. Dalam 20 minit perjalanan dari rumah mak mertua je da sampai ke tanjung balau nie. Sampai sane trus cri parking. Org mmg ramai la kt kolam tuh. Ada kolam utk kanak-kanak dan org dewasa. Hanania xmandi pon. Tp die tgk org je mandi. Khusyuk betol die tgk.










Pastu suami ambil stroller utk Hanania. Kami bawak dia g jalan dekat tepi pantai. Tp xde la dekat sangat. Kuikui.




Seronok betol tgk die ketawa. Dia mmg suka tgk pokok-pokok. Tgk orang ramai. 

Esk petangnya kami bawak dia jalan-jalan di Jeti Pengelih. Tak ade ape kat situ. Motif kami hanya nk bawak Hanania bersiar-siar. Hehe





























p/s : Alhamdulillah. Atas kurniaan yang kau beri pada kami Ya Allah. Walaupon kami xmempunyai banyak harta tapi sudah cukup membahagiakan kami dengan kehadiran Hanania nie. Sudah mencukupi dengan adanya suami, anak, keluarga di samping aku. Moga kebahagiaan ini kekal sampai akhir hayat. Amin. 



Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Tuesday, October 16, 2012

.:Pernah dengar tentang Breast Abscess?? Aku pernah mengalaminya :.

Sebelum ni memang aku xamek port pasal penyakit nie. Dan xpernah terpikir utk aku mengalami nya. Bagi aku itu merupakan satu pengalaman dalam hidup aku. Mungkin pengalaman pahit. Kerana ia lah Nia trus xnk bf aku lagi. Tapi aku redha dengan segala ketentuan dari-Nya. Mungkin ade hikmah disebalik kejadian ini. Dan aku percaya akan kate-kate "Setiap penyakit yg diturunkan kat kite, maka salah satu dosa kite akan terhapus". Amin.

Biar aku trologikan kisah aku nie ye.
Sejurus selepas aku selamat melahirkan Nia, Nia diletak diatas dada aku. Aku mcm xpercaya ye da jdik mak org. Dpt anak comel plak tuh. Hehe. Pastu Nia dimandikan oleh nurse. Da ciap mandi Nia diberi kat aku utk disusukan. Alhamdulillah nurse di Hosp. Batu Pahat memang peramah. Dan alhamdulillah juga masa tu Nia dengan mudah nya mencari breast aku utk menyusu. Dan mase tu juga aku trus masukkan ke dalam mulot die dan die pandai hisap. Susu mase tu pon da keluar. Walaupon xbanyak tp ckup utk kenyangkan die masa tuh. Alhamdulillah sangat2. 

Selepas tu dari hari ke hari aku semakin enjoy bf kan die. Sampai la satu hari tu nipple belah kiri nie luke. Aku stop bagikan dia yang belah kiri sbb sakit time die hisap. Lagipon Nia mmg xsuke sgt dengan yang belah kiri nie. Nipple tenggelam. Dia syok hisap yang belah kanan. Bila jadik kes macam tuh bile die menangis je aku akan bg hisap yang belah kanan la. Sampai la nipple belah kanan nie pon luke. Mase susu mmg banyak la kan. Aku tgk nipple belah kanan aku mse tu laen macam ckit. Nipple jdik keras then bila lepas bagi Nia susu, nipple aku akan berbentuk leper. Bila pakai coli nipple aku terbengkok. Macam terlipat gtu la. 

Pastu aku mengalami demam. Suhu badan jap panas jap sejuk. Mase tuh breast aku belah kanan da mula rse sakit. Rase keras dan membengkak. Tapi aku xbgtau mak aku pon. Badan aku plak tumbuh bintik-bintik merah. Aku g klinik. Dktor kata demam campak. Aku pon makan la ubat n try berubat tradisional. Alhamdulillah bintik-bintik merah da kurang n ilang. Tp suhu badan aku jap on jap off. Mase tu breast masih sakit lagi. Aku ckp ngan mak breast aku sakit then mcm bengkak. Mak soh aku rajin-rajin tuamkan air panas. Aku pon buat la mcm mak suroh. Tp xberhasil. Masih membengkak dan sakit. 

Dapat ari ke 38 aku berpantang, aku try urut-urut breast n nipple aku. Aku mcm terkejut sbb kuar cecair berwarna hijau-hijau kuning. Aku tanya mak. Mak kate xde ape2 la tuh. Mak aku pon xtau sbb xpernah mengalami bende mcm tuh kan. Sampai petang tu aku soh mak bidan tgk kan aku pye breast. Reaksi dia amatlah menyeramkan aku. Mak bidan tu soh aku g klinik. Dia kate da teruk nie. Mmg kene bawak g klinik. Dia tgk nipple aku, dia kate mcm nipple aku tersumbat. Malam nye tu jugak aku g ajak suami ke klinik. Masuk bilik dktor, die ckap ade nanah dalam breast aku. Die bagi ubat dan die pesan 5 ari lagi dtg klinik lagi. Selang 5 ari aku g klinik lagi. Dan dktor trus buat surat utk aku ke pakar! 

Masa tuh mmg la mcm2 aku pikir. Aku balek umah. Esk pagi nya bru aku ke pakar. Sampai kt pakar dktor buat scan. Tgu keputusan scan. Dan hasilnya dktor kate :

Dr : "Awak ade 2 care je. Samade nk sedut atau operate."
Aku : "Kalo xsedut atau operate xboleh ke dktor?"
 Dr : Xboleh. Kalo mkan antibiotik takut ambil mase yang lame utk pulih."
Aku : "Kalo sedut gune ape?"
Dr : "Gune jarum. Tp kite akan buat 2 3 kali la."
Aku : "Buat sekali arung ke?"
Dr : "Xla. Kita buat hari lain-lain."
Aku : "Kalo operate buat bile?"
Dr : "Ari nie. Sy akan dapatkan giliran awk petang nie. Kalo sedut pon ptg nie jugak."
Dr : "So mcm mane?"
Aku : "Xtau la dktor. Blur nk buat keputusan."
Serius aku mmg mcm terkejut dgn brite ini. Memang xsangka langsung. Rasa sakit mse bersalin pon mcm masih terbayang-bayang lagi. Nie kan pula nk kene operate! 
Dr : "Suami awak mane?"
Aku :"Suami sy kluar kejap ade hal ckit."
Dr : "Awak keluar dulu. Bincang dulu dengan suami. Nanti da dpt keputusan bagtau saya."

Aku pon keluar bilik dktor. Rase mcm nak nangis kt ctu jugak. Kluar je dari bilik dktor, trus nmpk kelibat suami. Suami tye ape cite. Aku nk cite kt die mse tuh mcm xterkeluar. Rse nk nangis! Last-last aku ajak die lepak kt luar hosp. Kt luar tu bru la aku cite kt die. Die pon mcm blur. Sejujur nya kami xsangke bende mcm nie jadik kat aku. Nangis trus mse kt luar hosp tuh. Suami kate try bgtau mak. Aku pon kol mak. Mak ckp nti die soh abah dtg hosp. Xlame lps tu abah pon dtg hspital. Abah decide soh operate je. Aku mcm 50-50 nk operate. Takutt!!!!!!!!!! Amek mase lame jugak nk kompem kan dgn dktor. Bila da dpt kekuatan ckit baru lah aku ajak suami n abah jumpe dktor.

So bila da kompemkan dgn dktor, dktor ckp mcm nie.

Dr : "Ok. Sya akan bookingkan awk kol 3ptg nie utk operate."
Mak aih! Mase dktor ckp tu aku tgk jam dalam kol 1blh. Cptnye kol 3 nk kene operate. Memang takut habiss! Abah plak nk balek. Dktor suruh aku follow asisstant die. Utk daftar wad. Time dftar tu dapat lah gift dari hospital. Tangan kene cucuk amek darah. Da dapat katil nurse suruh rehat. Aku ngantok sgt mase tu tp aku tahan utk tidak lelapkan mata. Sbb aku takut kalo da tido kang mase operate aku xleh lelap mate. Walaupun dktor kate time operate nanti awak akan dibius 1 badan. 

Dekat kol 3 nurse dtg bawak baju & serkup kepala. Nurse cakap nti kalo die soh salin baru la salin. Nmpak pakaian tu trus mengalir air mate. Mmg mcm xpercaya. Suami cuba pujuk. Teringat anak kt umah. Menangis lagi. Smpai la kol 3, nurse xde panggil lagi. Last-last dekat kol 6 bru nurse soh salin. Mase tu tuhan je yang tau mcm mane perasaan aku. Nk bersalin pon xde kene salin2 macam tu tau.

Aku ditolak masuk ke bilik operate. Da mcm dalam drama pon ada. Aku baring kt atas katil then nurse tolak. Kt ujung kaki suami teman. Mase tu tgk je muke suami. Memang takut giler je yg rase mase tuh. Dalam 6:15 ptg aku start operate n kol 6:45 aku da ditolak utk masuk ke wad. Mase lps operate dktor n nurse kejut cakap da siap operate. Aku hanya mengiakan aje. Memang xlarat sgt nk buka mata. 

Dalam tgh tido tu aku ade dgr sore adik aku. Die singgah melawat aku mase balik dari keje. Tp aku xlarat nk bukak mata. Aku sedar betol dalam kol 9lbh mlm. Tu pon sbb abah n adik dtg. 

Esk nya aku da boleh discharge. Alhamdulillah. Rutin aku pada keesokan hari dan hari berikutnya adalah g klinik untuk cuci bahagian yang dioperate tuh. Aku cuci kt klinik kerajaan je. Mmg sakitnya tuhan saja yang tahu. Mmg dktor pakar cakap ngan aku soh bgtau nurse yang tukang cuci tu, bersihkan smpi bahagian dalam. So mmg kene korek2 dgn kapas la mase cuci tuh. Sakitttt.Tapi nasib baek nurse kat citu semuanya sudah kenal aku dan layanan dorg kt aku mmg baik. Dorg pon terkejut bila dengar cite aku. Pastu ada 1 hari aku try g cuci kt klinik panel aku. Mmg klinik tu ramai org. Tgu turn mmg lame la. Pastu nurse kt ctu leh cuci gune ubat kuning! Sakitnya lebih dari cuci kt klinik kerajaan td. Aku ciap soh nurse tu cuci pelan2 n stop2 bagi aku tarik nafas. Bayangkan lah! Pastu aku serik nk g cuci kt klinik tuh. Aku cuci kt klinik kerajaan je smpi la luke operation tu sembuh dan bercantum sendiri. Hampir sebulan jugak la aku buat rutin harian tuh. Hampir sebulan gak tiap2 pagi muke aku da tercongok kt klinik.

Aku berharap sangat perkara mcm nie xkan terjadi lagi kt aku mahupun ahli keluarga aku. Cukuplah aku sorang yang mengalami nya. Dan cukuplah sekali tu aku mengalaminya. Nauzubillah. Dijauhkan Ya Allah. Amin.

Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Tuesday, October 9, 2012

.:Bila Pening Kepala:.

Semalam tengahari kt tmpt kerja kepala da mula rasa ting tong. Berdenyut-denyut rase kepala belah kiri nie. Aku memang selalu kene pening kepala mcm nie. Migrain. Kalau tiba mase nya migrain datang, kepala akan rasa berdenyut-denyut. Nak jalan pon rse macam xlarat. Sebab setiap langkah tu akan membuatkan kepala berdenyut-denyut. Pastu memang xde selera nak makan langsung. 

So semalam aku sampai rumah da dekat kol 7 malam. Turun dari parking kereta da dengar suara Nia. Sekarang mulot die mmg bising. Ntah ape yang die bebelkan pon aku xpaham. Naik atas rumah tgk Nia tgk membebel smbil ditemani adik aku yang kecik.



 Aku ckap dengan mak "Kepala kita pening la". Mak trus jawab "Pegi la mandi pastu baru baring". Aku pon mandi. Naik mandi aku g cium Nia kejap.
Aku ckp ngan mak lagi "Mak tlg tidokan Nia ye. Kita nk tdo kejap la. Xtahan kepala pening". Mak aku senyap je. Mak memang da paham da. Aku kalo pening ubat nya tdo je. Sebelum tdo aku telan panadol sebiji. 

Suami balik kerja aku mintak tlg die urutkan kepala. Dia ckap "B da xheran kalo ayang nie asik pening kepala". Huhu. Memang pon. Da paham sangat da die. Lepas urutkan kepala aku smbung tdo lagi. Kol 9 malam suami kejutkan lagi. Die ajak makan. Adoyai. Aku xselera nk makan masalahnya. Aku pon ikotkan langkah suami ke dapur. Aku cume teman die makan je. Nia mase tuh da tdo. Sayu tgk muke die sbb xpegang die lagi 

Kesudahnya sampai Nia tdo sampai la ke pagi td. Malam td tersado merengek cume mintak susu. Da bagi susu tdo balek. Dulu sblm kawen kalo pening kepale mmg aku akan masuk tdo awal trus bangun ke pagi. Pastu bila da kawen da xboleh sangat buat mcm tuh. Tdo kejap pastu da kurang ckit harus bangun utk sediakan makan utk suami. Sekarang bila da ada anak, mmg agak macam rumit ckitla nk rehat n tdo macam tuh. Nasib baik ade mak. Boleh mak tlg jagekan kejap. :)

Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Friday, October 5, 2012

.:Ba Alif Ba Ya:.

Ok. Eja tajuk betol2 ya. Sejak seminggu nie di sekitar kampung aku sentiasa dgr cite pasal binatang nie. Ngeri dengar pon ada. Binatang nie muncul bile masa yang dia suka. 

Kisah Pertama :

Bende nie berlaku sebelum aku kawen lagi. Berlaku depan mate aku. Mse tuh aku ngah drive kete dalam perjalanan balik amek mak aku dari tmpt keje. Then dpn aku nie ade lori besar. Jalan kt ctu pulak nye bukan la jalan besar. Kire muat2 lori je dalam 1 lorong. Boleh nk memotong lori tu tapi ntah kenapa aku xmemotong pon mase tuh. Depan lori tu plak ade kereta dan depan kereta ada motosikal. Sume nye bawak kenderaan dlam keadaan perlahan. 

Tetiba tgh syok2 bawak kete, aku ternmpak binatang nie kuar dari semak2 then trus melintas jalan. Aku nmpk binatang tu melintas. Aku sempat ckp ngan mak n adik aku dlam kete tuh. "Eh..eh..babi..babi." Tak lame lepas tu lori di depan brek mengejut. Nsib baek kerete aku mse tu x terlalu rapat sgt dengan lori tersebut. So sempat la brek jugak. Sekali di intai2 rupa nya binatang tu da 'meyondol' budak yang naek motosikal tuh. Terpelanting budak tuh. Binatang tu plak dengan syok nya trus berlari melintas jalan masuk semak. Budak motosikal tu pakai helmet tapi mungkin helmet nya x dikancing dengan betol so helmetnye tercampak. Kepale budak tu berdarah. Tp budak tu masih boleh bangun duduk. 

Aku xtgk lame kejadian tuh. Mak aku xbagi. Die soh balek.


Kisah Kedua :

Nie abah aku yang cite. Mase tuh Abah dalam perjalanan nk g keje. Abah nie g keje naek moto walaupon kete kt umah tu terperuk x di gunakan. Die lebih senang menunggang motosikal. Mase tuh abah syift malam. Dalam kol 11 mlm abah kuar rumah. 

Cite nye lebih kurang cite di atas. Cume kalo cite diatas binatang tu 'menyondol' motosikal tp yang cite nie 'menyondol kete'. Remuk ok kete depan orang tuh. Dan binatang tu masih lagi selamat. Guling2 atas jalan jap pastu bangun trus lari dlam semak. Adoyai! Kuat kental sungguh kau ye!


Kisah Ketiga :

Nie baru berlaku 2 ari lepas. Aku cuti mase tuh. Sbb nak anto Nia g checkup 4 bulan kt klinik. Aku g bertemankan mak & abah. 

Dalam perjalanan pulang dari klinik tuh, kami singgah jap minum kat warong. Kalo orang jawa ckp 'ngeteh'. Hehe. Abah pon parking la kete. Aku ngan mak trun kete trus masuk warong tersebut. Abah plak time trun kete tu mate die blh terlihat something yang besar di tgh2 jalan berhampiran kami parking kete tuh. Abah pon tye la org2 kt kedai tuh. Masing2 mcm terkejut tgk binatang tu mati atas jalan. Da la besar. 50-60kg ada tuh beratnya. Dorg yang kt kedai tuh boleh xperasan ade babi kene langgar. Cume dorg ckp td ade lori bawak zink lalu. Mungkin mase tu la binatang tu melintas. 

Nasib baek lori yang melintas. Nauzubillah.

Kisah Keempat :

Berlaku smlm petang. Dalam kol 6lbh dekat2 kol 7ptg. Nie adik lelaki aku yg cite la. Mmber die kene 'sondol' dengan binatang tuh. Mmber adik aku tu terpaksa dikejarkan ke hospital. Dan binatang tu plak selamat masuk ke dalam semak. 


Aku ngeri dengar cite macam nih. Disebabkan kisah-kisah ini semua berlaku area dari rumah aku ke pekan. Ktorang plak mmg lalu kawasan tu setiap ari. Kire laluan utama la kn. Moga dijauhkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku pd kami sekeluarga. Amin

Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..