Eh mommies to be kt luar sne pernah dgr kn pasal topik yg akan dibincangkan pada hari ni. Hehe. Rsenye semua da tahu kot. Aku pon saje meng'google' ttg topik ni. Sama-sama lah kita memahami nye ye.
Sebenarnya minum air sejuk boleh bagi ibu mengandung, dalam pantang
dan juga bayi. Selsema dan asma berkaitan dengan jangkitan virus akibat
antibodi yang lemah. Air sejuk tidak melemahkan antibodi malah
menguatkannya.
Mereka yang tidak biasa minum air sejuk dan tinggi kandungan urik
asid dalam darah, apabila julung-julung kali mengambilnya akan
menyebabkan toksik terbongkar keluar. Toksik yang terdapat di buah
pinggang akan menyebabkan urat seperti membengkak di kaki. Toksik yang
terdapat di dasar paru-paru akan menyebabkan batuk.
Mereka yang seperti ini boleh mengenalpasti tanda pembongkaran dengan
melihat sama ada terasa pening kepala sejurus selepas minum air berais.
Jika berlaku, kita boleh mengawal pembongkaran agar ia berlaku tidak
ketara atau tidak disedari dengan cara mengurangkan kadar kesejukkan air
tersebut. Mulakan dengan hanya meminum air yang biasa dahulu (bukan
panas), lama kelamaan tingkatkan dengan meminum air peti sejuk. Kemudian
amalkan minuman berais.
Kadang kala, kesan air ais yang diminum itu bukan disebabkan oleh
sejuk, tetapi disebabkan oleh bahan yang dibancuh. Air sirap mengandungi
pewarna yang akan melemahkan buah pinggang. Air kopi berasid akan
menyebabkan penat dan lelah. Air berkoko (milo) mempunyai tanin dan
kafen yang akan melemahkan tyroid yang akan menyebabkan batuk.
Sebenarnya ramai yang telah mencuba minum air sejuk ketika dalam pantang
kerana air panas akan memudaratkan kesihatan. Didapati tidak berlaku
sebarang kesan pembongkaran, malah ia baik untuk kesihatan.
Minum air yang sejuk ialah aplikasi konsep Teori Tekanan Kesimpulannya ialah ibu mengandung digalakkan minum air sejuk.
p/s : ade juga org berkate minum air sejuk nie boleh menyebabkan baby besar dan bila sudah besar ia nya akan menyukarkan proses bersalin. Ada juga yang mengatakan akan menyebabkan air ketuban pecah awal. Wallahu'alam. Bgi aku, aku still minum lagi air sejuk cume dlm kuantiti yg berpada-pada. Kene sentiasa beringat la ye. Jgn maen sedap ikut tekak je. Kene balance kan minum sejuk dan panas. Lagi satu perbanyakkan la minum air masak ye. Kalo di ikutkan aku nie dulu sblum mengandung memang jarang kot minum air masak. Tp disebabkan mengandung dan pernah ade kes bacaan hb aku rendah so dktor, nurse dan org sekeliling aku menyarankan aku perbanyakkan minum air masak dan sayur yg banyak. Sekarang g kerja pon sentiasa bawak air masak. Alhamdulillah la tekak da boleh biasekan minum air masak nie.
Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..