:: salam dunia salam semua ::

:: Terima kasih sbb sudi jengah blog nie. Bile da jengah tu silelah follow k. Xpon tinggalkan jejak kt shoutbox. Kompem aku akn follow korg balek. Jase kamu semua amatlah dihargai! ::



Hei korang! Jom la beli baju-baju si comel korang. Murah je uols.

InsyaAllah aku akan update baju-baju yang lain.


Klik sini ye.

Noor Syazwani



Followers

..+jempot masok+..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

~Seronok klik cini~

Thursday, December 27, 2012

.:Pemilik Kad Kredit & Debit. Sila Berhati-hati:.

Salam. Hehe. Hari ni bersemangat sikit update blog. Bila mood da dtg, haruslah jangan lincah ye. Aku nie walaupun tak update blog, tp blogwalking aku tetap buat tau. Hahaha. Pastu td tergerak nak bukak Blog Cyda nie. Pastu tertarik dengan satu post beliau. Tentang kisah 'panggilan misteri' ini. Bukan ape, sebab aku pon pernah mengalami situasi macam tu. Bukan sekali dua. Tapi banyak kali. Kadang aku blur mane diorang boleh dapat no.phone aku. 



Setelah baca penerangan yang detail dari blog Mazidul nie, baru lah aku paham selok-belok kegiatan ini dijalankan. Kalau jenis mangsa yang di telefon tu jenis yang lurus bendol, memang kaya la dorang. Bila 'telemarketer' nie dapat jerat sorang mangsa, maka 'telemarketer' tu akan diberi komisyen RM100. Kira satu kepala RM100. Kalau dalam satu hari paling cikit dapat 2 orang, maka RM200 la 'telemarketer' nie dapat komisyen. Tu belum campur dengan gaji pokok nye lagi. Lingkungan RM800-RM1500. Fuhhhh!

Biasa nya 'telemarketer' nie akan kol mangsa menggunakan nombor telefon bimbit. Kadangkala private nombor. Ini salah satu sebab utk mangsa tidak dapat menjejak lokasi 'telemarketer' nie. Alamat pejabat 'telemarketer' nie pon tidak benar! Maklumat yang diberi oleh 'telemarketer' ni semua adalah palsu. Kebanyakan 'telemarketer' ini adalah lepasan diploma @ ijazah. Sebab itu lah,'telemarketer' nie jenis yang dari kalangan pandai bercakap. Pandai mengayat orang. 

Nak tau kisah lanjut, klik sini ye. Mazidul



Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Wednesday, December 26, 2012

.:Supplement Semasa Mengandung:.

Hye korang! Bercuti ke korang? Syok nya. Aku xg bercuti mane pon. Just g melaka saja. Tu pon g pagi balik petang. Xstay sana. InsyaAllah ada rezeki mmg plan nk g bercuti. Tp xtau kat mana lagi. Hahaha.

Eh! Mommies2 sekalian. Dulu mase pregnant ade makan supplement ape-ape tak? Selain dr obimin or vitamin? Meh aku share kat korang ape yang aku amalkan masa aku pregnant dulu. Itu pon, member aku yang suggestkan. Pastu xsempat beli lagi, mmber bagi pil-pil yang lebih mase die pregnant dulu. Sbb mmber aku start makan pil salindah nie time da pertengahan pregnant. So orang da bagi aku amek la kan. Kuikui.

Supplement yang aku makan masa mengandung ialah Salindah. Salindah nie di datangkan dengan set semasa kehamilan dan semasa berpantang. Tp aku makan set semasa kehamilan je. Salindah nie lebih kepada perubatan homeopathy. Set semasa kehamilan nie ada B1 sampai la B6. Ada peringkat-peringkat ye utk makan pil nie. Bukan nya main telan je tau. Tapi sejujurnya aku makan sampai B4 je kot. Xsilap aku la. Hehe. 

Kat bawah nie ada fakta ringkas tentang supplemnet nie. 

pic sumber google.


  • Pemakanan jagaan & rawatan kehamilan yang lengkap dari mula hamil hingga lepas pantang.
  • Menambah & memperbaiki aliran darah.
  • Mengurangkan masalah alahan.
  • Menyuburkan perkembangan tian.- Mengurangkan risiko keguguran.
  • Menghilangkan masalah semasa hamil, ketika bersalin & selepas bersalin.
  • Mencegah masalah meroyan & menjurus ke arah memperolehi anak yang sihat & cerdas.

Alhamdulillah. Ada orang kata kalo makan supplement nie, boleh memudahkan kita bersalin. Wallahua'alam. Tapi mengikut pengalaman aku yang baru bersalin sekali nie, alhamdulillah aku dipermudahkan urusan ketika nk bersalin ari tu. Maksud aku, aku sakit xlame then terus bersalin. Alhamdulillah sangat-sangat. 

So bagi mommies to be, korang boleh try la supplement nie. Nak beli pakej boleh. Nak beli sbotol-sebotol pon buleh. Kat farmasi, atau kedai-kedai da banyak jual kot supplement nie. :-)

Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Wednesday, December 19, 2012

.:Koleksi Baju Baby:.


Meh aku share cikit antara koleksi baju baby yg aku ade jual. 
:-)


POLO #615
YELLOW / NAVY / RED



 POLO #121


 POLO #54


 POLO #172

Size : 2Y, 3Y, 4Y, 5Y, 6Y, 7Y
RM55

nk tgk lebih banyak lagi koleksi korang boleh klik kt sini ye.





Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Tuesday, December 18, 2012

.:Blog Jual Baju Baby:.

Hey korang! Sy baru mula berbisnes jual baju baby. Jom la usha-usha. Mana tau ade yang kenan. Harga insyaAllah boleh runding. 

Klik sini ea.

Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Friday, December 14, 2012

.:Akibat tidak berpantang dengan cara yang betul:.

Salam. Aduhai berpantang nya da lama abis da. Anak pon da besar. Cuma baru tergerak hati nie nk share tentang sesuatu yang aku rase amat penting bagi orang yang sedang pregnant. Tentang apa yang aku pernah alami nya la kn. Sharing is caring ma.. Hehe.

Ok macam ni ceritanya. Saat aku da sarat mengandung ari tu, aku sering rasa panas. Panas yang aku maksudkan ialah cepat berpeluh. Dalam aircond pon boleh berpeluh. Tapi tu perkara biasa kot bagi orang yang pregnant. Kan? Sampai la ke saat aku dalam labour room, aku rasa aku mcm mandi peluh. Time sakit-sakit menahan nk bersalin tu boleh lagi fuhfuhfuh bagi angin kt dahi aku. Sebab masa tu dahi aku da banjir dengan peluh. Tapi masa tu aku rasa mungkin sebab nak bersalin kot. Sebab tengah tahan sakit tu yang berpeluh semacam. Siap aku cakap dengan nurse "panasnya..." hohoho. Nurse tu hanya senyum sinis je dengan aku. 

Sampai la da siap bersalin da siap pe semua bagai, pon masih berpeluh. Siap proses jahit dlm pukul 2 pg, then aku dibiarkan berehat sekejap. Dalam sejam lepas tu dktor dtg cek perot. Tekan-tekan perot buang sisa-sisa darah yang tinggal. Pastu sampai jam 5lbh pagi baru la aku disorong masuk ke wad. Lame kan....Sepanjang tempoh tu, aku xboleh tido langsung. Sebab menahan panas. Badan da banjir dengan peluh. Panas semacam! Nak gerak-gerak sangat takut. Sebab baru lepas jahit kan. Dengan getah rambut kene bukak mase nak bersalin tuh. Da rambut terburai. Da la rambut aku nie jenis rambut tebal. Memang berpeluh sakan la kan. Mulut asik 'fuhfuhfuh...'  dan tangan asik lap peluh kt dahi. Dalam hati xsabar nya nk masuk ke wad. Mesti la kurang ckit panas nye kan. Oh ye. Dalam labour room tu aku rase on aircond tp ntah la xrase langsung!

Pukul 5 aku di tolak masuk dalam wad. Masa tu lega ckit la. Sebab bujet kat wad nanti xberpeluh lagi. Da siap semua, aku rasa masih sama. Masih panas. Wad tu memang xpakai aircond. Kipas pon bukak perlahan. Yela, aku tau la berpantang xboleh kene kipas sangat kn. Tapi aku tgk mommies lain dalam wad tu rilek je. Aku nie yang berpeluh bagai nak rak. Asik kesat dahi je. Mase tu memang xtido. Sampai kuar wad kot aku xboleh nk lelap. Sebab sibuk lap peluh. Hahaha.

Sampai kt umah pon masih sama. Siang malam aku rasa panas. Berpeluh-peluh tak kira siang atau malam. Pagi lepas mandi pon boleh berpeluh lagi. Pelik tak? Lagi kan tengahari! Korang bayangkan la. Memang aku tak duduk senang la. Da la dengan pakai stokin, kain batik lagi. Aduhai menambahkan rimas la orang kata. Tido malam plak selimut hanya sekadar hiasan. Pakai stokin je. Pastu kipas hala arah aku. Tu pon masih berpeluh. Stokin tu pon tahan selama berapa minggu je. Lepas tu da xpakai. Malam pakai la. Siang tak pakai. Sebab panas. Sampai aku pantang dapat dalam 2 3 minggu gitu kot aku rse berpeluh semacam tu. Mak aku memang bising la aku xpakai stokin. Hala kipas. Tapal, pilis n param tu pakai on/off. Ikot mood aku nk pakai ke tak. Memang mak aku bising. Tapi aku wat xtau je. 

Pastu kan aku kene operation. Kes breast abscess. Selepas kejadian tu baru la badan aku rasa ok kembali. Aku pon xpasti samada kes tu disebabkan aku xberpantang secara betul atau tak. Lepas da abis cuti, aku naek keje. Masa tu hari raya. Makan macam-macam kan. G rumah orang sana sini bagi makan sedap. Mase tu plak baru lepas pantang, mestilah nampak makanan macam hape kan! Melantak xingat dunia. Pastu satu hari perot aku rase sebu semacam. Pastu aku kena cirit-birit. Najis yang keluar macam air. Bukan CAIR tapi AIR. Cume warna keemasan. Hehe. Maaplah cite kotor ckit. Nie apa yang aku lalui kan. Masa kejadian nie aku keje tau. Perot plak bunyi krook..kroook..Bunyi angin. Jadi petang balik keje tu aku tekad la nk g klinik panel. Bukan sakit mane pon tapi saja nk g klinik sebab nanti kalo cakap kene cirit-birit kan mesti senang dapat mc kan. Tu tujuan utama g klinik. Hehe.

Sampai klinik, masuk bilik dktor. Then nurse suroh baring. Doktor datang tanye sakit ape. Aku cakap la. "Cirit-birit doktor lepastu perot rase mcm sebu semacam je". Dktor tanye lagi "Da lame ke kene?". Aku cakap "Tak la. Baru dari malam td". Dktor tekan-tekan perot aku. Lame jugak die tekan. Aku makin cuak la plak kan. Pastu dktor cakap "Ada ape perot awak nie.Awak cuba rasa nie". Aku rase a'a memang macam ada benda dalam perot aku. Dktor terus buat surat utk refer ke pakar.  Balik rumah cerita ngan mak aku. Pastu aku ckap ngan mak xnak la g pakar. Pastu esok pagi nye aku jumpe mak bidan aku. Suroh die tengok kan perot aku nie. Die pon cakap bende yang sama. Ade something dalam perot aku. Belah kanan. Then petang nya aku g klinik. Aku g klinik yang lain dari klinik yang semalam nye tuh. Aku try buat scan 2d. Lame jugak dktor cek. Then dktor kate xda apa. Cume saluran darah aku yang tetiba membesar. Dan perot aku memang banyak angin. Dktor bagi ubat cuci perot.

Dalam seminggu lepas tu aku try berubat kt sin sei. Tempat berubat orang cina. Kat citu ade tabib. Tapi nk jumpe tabib nie kene tgu turn la. Macam kt klinik. Kene daftar dan ambil no giliran. Masuk je bilik tabib, die terus mintak pergelangan tangan aku. Die cek menggunakan nadi. Tabib tu kate "awak punye peredaran ok.semua ok". Lepas tu die tanya "da brpe lame kene mcm nie". Aku pon cakap la " Saya sebenarnya baru lepas bersalin. Baru abis pantang. Then trus jadik macam nie" Die kate"oo..orang lepas bersalin kene banyak berpantang lorr..xboleh makan pedas, kene mandi air panas, blablabla....". Kesudah nya die bagi aku 3 jenis pil. Aku abiskan pil tu. Pas abis makan pil aku g rumah mak bidan tu lagi. Suroh tengokkan. Dia kate da mengecil. Aku pon dapat rasekan macam tu. Sebab sebelum tu kalo aku baring, then tekan-tekan perot mesti dapat rse ade something kt perot aku. Pastu lepas g sinsei tu tekan-tekan perot masih ada rase cuma da xsekeras mcm dulu. Sekarang nie alhamdulillah, bila aku tekan perot aku, macam da xde keras-keras lagi. Huhu. Alhamdulillah.

Korang yang tengah pregnant sekarang nie, ingat ye! Pantang betol-betol tau! Jangan jadi mcm aku tau!



Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Berhati-hati : Pemandu Di Sabah Diambil Perhatian Di Jalan Raya Ini



Satu insiden telah berlaku pada seorang pemandu Fauzi Miswan di jalan KK dan Kota Belud.



Begini ceritanya :



Kejadian berlaku pada 29/08/2012 jam lebih kurang 6.00 p.m. semasa saya, isteri ,dua orang anak saya yang berumur setahun dan 6 tahun serta seorang anak buah saya berumur 8 tahun dalam perjalanan pulang dari Kota Belud menuju ke Kota Kinabalu selepas menghantar kedua mertua dan adik ipar saya di Kg Kulambai Dundau..



Tiba-tiba saya dikejutkan oleh satu objek panjang yang berpusing menuju ke arah kereta saya dari atas sebuah bukit di lokasi Kg. Paka-Paka jalan Kota Belud - Tuaran (berhampiran bukit Tenghilan)...,oleh kerana tidak sempat mengelak ,objek tersebut terkena hadapan kereta saya betul-betul di sebelah pemandu dengan satu dentuman yang kuat..,objek tersebut melantun lalu terjatuh di seberang jalan..,saya memberhentikan kereta ditepi jalan dan mendapati bonet kereta telah kemek...,lantas terus menuju ke arah objek yg terjatuh tadi..alangkah terkejut nya saya bersama isteri apabila mendapati objek itu adalah sebatang besi keluli padu seberat lebih kurang 2 kg..



Alangkah bernasib baiknya saya kerana objek tersebut tidak jatuh mengenai cermin kereta saya lalu tembus terkena saya yang sedang memandu atau terkena anak saya yang duduk dihadapan ketika itu...dan jika itu terjadi apakah agaknya nasib isteri dan anak-anak serta anak buah saya yang ketika itu bersama di dalam kereta yang saya pandu..syukur kepada Allah s.w.t kerana semuanya selamat...,



Setelah sampai kerumah isteri saya menelefon kakaknya di Kota Belud rupa-rupanya sudah banyak kes kereta dilempar oleh pelbagai objek berlaku di kawasan sekitar tersebut..,malam ini akan membuat laporan polis..,kepada semua pemandu yang selalu lalu dikawasan tersebut plss BE ALERT..!!!....plss share kpd semua...




-Cerita Dari pembaca-



kes macam ni selalu berlaku dan seringkali berakhir dengan diragut. Kami pun pernah kena sekali semasa dalam perjalanan dari UKM Bangi ke KLIA menggunakan jalan raya area kampung Bangi - Dengkil. Walaupun agak gelap, namun itu adalah laluan paling pantas untuk tiba ke KLIA. Kereta kami terlanggar sesuatu sehingga menyebabkan tayar pancit. Kami (3 orang) terpaksa memberhentikan kereta serta merta di tepi jalan yang gelap. Tak sampai 10 saat, tiba sebuah motorsikal kata mereka terdengar bunyi bising tadi dan terus datang ke situ untuk tolong. Mungkin mereka nak ragut kami tetapi dengan tubuh mereka hanya 2 orang dan kami tiga orang, misi mereka tak berjaya. Kawan aku pegang stereng lock yang besi tu sepanjang kami menukar tayar baru. Nak tak nak mereka terpaksa tolong kami juga. Kamudian terus pecut sehingga tiba di stesen minyak untuk atur balik tayar.





sumber : faceblog

Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Thursday, December 13, 2012

.:Murah-murah je uols!:.

Hei korang! Jom la beli baju-baju si comel korang. Murah je uols. 
InsyaAllah aku akan update baju-baju yang lain.

Klik sini ye.



Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

.:Jom Shopping utk Si Cilik Anda!:.




RM18
Size : 90 ( 2Y )




RM20
Size : 90 ( 2Y )
100 ( 4Y )


RM22
Size : 80 ( 6-12M )
90 ( 2Y )
100 ( 4Y )


RM18
Size : 80 ( 6-12M )
90 ( 2Y )
100 ( 4Y )


RM20
Size : 24Months


RM19
Size : 80 ( 6-12M )
90 ( 2Y 0
100 ( 4Y )

RM20
Size : 80 ( 6-12M )
90 ( 2Y )


RM20
Size : 90 ( 2Y )
95 ( 3Y )



RM20
Size : 80 ( 6-12M )
90 ( 2Y )
95 ( 3Y )


RM22
Size : 80 ( 6-12M )
90 ( 2Y )
100 ( 4Y )




RM21
Size : 90 ( 2Y)
100 ( 4Y )
110 ( 5Y ) 
120 ( 6Y )


RM22
Size : 70 ( 0-6M )
80 ( 6-12M )
90 ( 2Y )

RM23
Size : 
80 ( 6-12M )
90 ( 2Y)
100 ( 4Y )
110 ( 5Y ) 
120 ( 6Y )










Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Wednesday, December 12, 2012

.:Bisnes Part-time:.

Salam. Fuh lame giler kan aku xupdate blog. Terlalu bz uolss. Kali ni pon aku xnk cerita banyak. Aku berniat untuk buat bisnes online. Da lame terpikir. Harap-harap menjadi la ye. Aku harapkan sokongan dari kalian semua. Aku pon baru hendak berniaga. Kalo ada salah silap aku minta maaf dulul la ye.

Ok! Jom cuci mate tgk pic kat bawah!






semua nie romper tau korang. aku pon ada ank kecil mcm korang. kadang aku rase romper lagi mudah utk aku pakaikan kt anak aku. zaman sekarang romper pun da cun-cun. aku bagi harga murah kt korang. Nanti yang lain aku upload kemudian. Kalo nak boleh la tinggalkan komen @ email aku ye.:-)
azwani_86@yahoo.com



Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Thursday, November 22, 2012

.:Hanania Version Ustajah:.

Hai.Hai.Hai. Wah lama betol xupdate blog ye. Tuan blog bz. Sebelum nie keje banyak juge. Cume buat-buat xnmpak je keje tuh. Hahaha. Jahat tak? Minggu lepas, dapat email dari Boss mengatakan yang Unit aku kene ISO Audit. Perkara-perkara yang kalau boleh nak dielak-elakkan terjadi juga. Tahun lepas turn Kluang, tahun nie turn Batu Pahat plak. Disebablkan dari aku cuti bersalin ari tu sampai la aku da naek kerja, fail-fail yang bertimbun tu tak berusik. Maka dengan tidak sukarela nya, bila da abis cuti bersalin aku la yang kene ngadap bende-bende nie semua. Adoyai. Setiap hari buat sikit-sikit. Tapi kan walau bz manapon, aku tetap jengah blog korang tau. Lagi-lagi mummies blog. Macam seronok baca cerita korang. Cerita pasal anak. Zaman cerita pasal diri sendiri da lepas. Sekarang turn cerita pasal anak plak ye. Haha.

Ahad yang lepas-lepas-lepas ntah brpe kali lepas, aku dan sebahagian dari family aku g Senai Airpot. Jemput Makcik dan Pakcik aku balik haji. Alhamdulillah. Selamat pergi dan selamat kembali diorang. Bertolak pukol 6pg. Rancangnya taknak bawak Hanania. Tapi disebabkan dalam masa yang sama rumah aku dikunjungi Pelancong Singapore pastu mak aku kene bekejar untuk memasak kat rumah Makcik aku lg (sbb nak buat kenduri kesyukuran cikit untuk Makcik & Pakcik aku yang balik Haji tu) so aku bawak la Hanania. Hanania nie da biasa bangun 5 6 pagi nie. So xde masalah la. Cume pagi tu aku xmandikan dia la. Sejuk kan. Just tukar diapers dan baju sajo. Pastu sapu losyen dan bedak. Wangi sudah! Haha.

Sampai Airpot dalam pukol 8lbh gitu. Pastu pihak Tabung Haji umumkan yang jemaah dijangka akan tiba pukol 9:20 pagi. Melanguk la menunggu di Airpot ye. Sementara menunggu tu Hanania sempat tido dalam 30 minit. Masa dalam kereta tu die tido jugak. Xlama pon. Hampir sejam je. 

Pastu pakcik dan makcik aku de belikan Hanania tudung. Comel giler ok. Haha.


Geram nye!


Ciap ade penghadang matahari lagi uolls tudung nie..kihkih





Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Friday, November 2, 2012

.:Nafsu Makan:.

Adoyai. Bukan nak kate ape. Tapi nafsu aku utk makan semakin bermaharajalela plak. Asik-asik lapar. Memang sentiasa nk makan. Sentiasa nak mengunyah. 

Korang bayangkan la. Sebelum pergi kerja dalam kol 7:50 pagi, kt umah tu da sarapan. Mak mesti sediakan sarapan punye. Walaupon setakat pisang goreng @ cekodok mesti aku makan seulas dua ulas. Eh betol ke penggunaan bahasa aku nie. Huhu. Pastu kang mesti g kerja tapau cekodok @ pisang goreng tadi. Kang kol 10 lbh aku makan la bekal tuh. Dalam kol 10 tuh mesti perot lapar. Kalo xdisumbat dengan makanan mesti aku akan pening kepala. Pastu kang rehat tengahari melantak nasi bungkus. Kang kol 3 ptg kalo bekal pg td ade lg aku mkn la. Kalo xde mmg aku wat xpaham je bila perot mogok kelaparan. 

Balik kerja, pung pang pung pang, masak ape yang patut. Pastu malam kang makan. Sbb makan saing-saing dengan en.suami. En.suami kadang balik lambat. So nk xnak kene tunggu dia. Kadang mcm nk mengamuk bila dia balik lambat. Then terhegerh-hegeh nak mandi. Nak main dengan anak dulu baru leh makan. Aku da kelaparan dia boleh lengah-lengahkan plak kan. 

So korang bayangkan la. Berapa kali aku makan sehari. Berat badan sila maintain ye! Xmo naek banyak-banyak sgt. Huhu

Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Tuesday, October 30, 2012

.: New Look :.

Hari ini gigih ubah background blog nie. Adoyai. Amek mase yg lame betol nk ubah. Pastu try buat header. Jadik. Cume mcm xsmart. Xpe. Nanti aku try explore. Kuikui..
Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

.:Raya Haji Kami:.


Assalamualaikum korang...

Alhamdulillah. Masih diberi nafas utk bernyawa hari ini. Macam mane dgn hari raya haji korang? Meriah x? Aku sambut biasa-biasa saja. Seperti yang telah dirancang aku beraya di belah aku dahulu. Petang raya haji baru kami bertolak balik ke kampung suami. Alhamdulillah. Jalan xjem. Hanania pon baik. 

Dlm 20 minit sblum sampai kampung suami, adik suami kol. Dia cakap diorang nak pegi mandi kolam. Makcik-makcik suami stay umah suami malam hari tu. Sbb mak suami anak sulong. Pastu suami da xde atok nenek lagi. So tiap kali raya mmg dorang akan stay semalam dua kt umah suami. Suami tanya nk follow dorang x? Aku ckp xkisah. Kalo ikot ati mmg nk ikot. Tp aku respect si suami la takut die penat drive xnk g. Kang sian dia plak kan. Pastu suami kate on. Oh Yeah!! Niat kami sbb nak bagi si Hanania tu cuci mata. Dia suka tgk orang ramai. 

Sampai saja di rumah suami, dorang da get ready nk gerak. So aku tukarkan pampers Hanania dulu. Kemudian baru bertolak. Kami ke Tanjung Balau. Kt ctu ade chalet dan kemudahan kolam renang. Kampung suami nie dekat dekat pantai. Bg org johor tahu la kot. Dalam 20 minit perjalanan dari rumah mak mertua je da sampai ke tanjung balau nie. Sampai sane trus cri parking. Org mmg ramai la kt kolam tuh. Ada kolam utk kanak-kanak dan org dewasa. Hanania xmandi pon. Tp die tgk org je mandi. Khusyuk betol die tgk.










Pastu suami ambil stroller utk Hanania. Kami bawak dia g jalan dekat tepi pantai. Tp xde la dekat sangat. Kuikui.




Seronok betol tgk die ketawa. Dia mmg suka tgk pokok-pokok. Tgk orang ramai. 

Esk petangnya kami bawak dia jalan-jalan di Jeti Pengelih. Tak ade ape kat situ. Motif kami hanya nk bawak Hanania bersiar-siar. Hehe





























p/s : Alhamdulillah. Atas kurniaan yang kau beri pada kami Ya Allah. Walaupon kami xmempunyai banyak harta tapi sudah cukup membahagiakan kami dengan kehadiran Hanania nie. Sudah mencukupi dengan adanya suami, anak, keluarga di samping aku. Moga kebahagiaan ini kekal sampai akhir hayat. Amin. 



Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Thursday, October 25, 2012

.:Selamat Hari Raya AidilAdha 1433H:.

Raya Aidiladha tahun nie kami sambut kt belah aku dulu (Batu Pahat). Petang raye tu bru kami balik ke kg. suami. Doakan perjalanan kami lancar dan selamat smpai ke destinasi yang hendak dituju ye. 




Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Wednesday, October 24, 2012

.:Kisah Ruam Lampin My Gugurl:.

Ini kisah minggu lepas. Hanania diserang ruam lampin. Mula-mula aku tgk ckit je. Aku biarkan je la. Aku bujet kang esok lusa ok la. Tp sangkaan aku meleset. Makin lama makin teruk plak. Makin merah2. Tp aku tgk Nia nie budak yang kuat tau. Dia xnangis pon kene ruam mcm tuh. Alhamdulillah.


Aku perasan Nia nie kene ruam selepas aku try pakai kan dia pampers Diapex. Sebelum nie aku pakaikan 2 jenis pampers. Hey baby utk pakai di rumah. Drypers plak pakai time nk g jalan-jalan. So far alhamdulillah aku amat lah berpuas hati dengan kedua-dua pampers nie. Walaupun hey baby nie merupakan pampers murah, tp kualiti nya blh dibanggakan. Masa Nia baru-baru lahir dulu aku pakai kan die PetPet. Tp baby masa baru lahir kan asik lah berak je. Rase mcm 'oh syg nya pampers nie bru guna, tp nia da berak'. So kami laki bini amek langkah utk try kan die pampers hey baby. Alhamdulillah xde masalah ruam langsung masa tuh.

Dalam awal bulan ari tu, aku try la beli pampers diapex nie. Sbb mcm cntik design pampers nie. Colourful gitu. Da la aku beli pek yg besar. Lepas dia kene ruam aku stop guna pampers diapex nie. Pastu aku try beli Huggies Dry. Try pakai kan dia. Tp ruam dia still xberkurang. Pastu aku laki bini bawak Nia g klinik. Dktor tanya aku napa xpakai kan Nia lampin. Adoyai. Kalo la aku nie full time housewife xpe jugak kot. Pastu dktor bagi ubat sapu. Dan aku pulak try la belikan pampers hey baby lagi utk Nia.

Keesokan nya ruam nya makin berkurangan. Lega ckit hati aku. Da 2 3 ari lepas tu, aku try pakaikan lagi pampers diapex nie. Bila aku balik keje, aku nk tukarkan pampers dia. Tengok-tengok ruam nye macam jadi balik. Adoyai. Pastu mak suroh aku pakai kan dia lampin saje. Macam zaman dulu-dulu. Macam anak tarzan pon ada aku tgk anak aku nie. Adoyai! aku mmg xde standby cloth diaper pon. Memang xbeli dan xterpikir nk beli pon mase mengandung dulu.  Mak kate tgu sampai ruam dia da elok baru la pakai kan dia pampers semula. Huhu. Harap-harap ruam Nia cepat sembuh la. Dan aku akan pastikan aku xkn pakaikan Nia pampers diapex tu lagi.

Macam nie la gaya pemakaian lampin utk Nia tuh. Pastu bagi mengelakkan tembus ke seluar dia, aku lapikkan lampin nie dengan getah khas utk dipakai bersama-sama lampin nie.
Pic ihsan dari  sini

Alhamdulillah. Sekarang ruam dia da sembuh. 


























p/s : Bagus la anak aku nie. Pampers hey baby jugak yg dia tahan. Huhu.
Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Tuesday, October 16, 2012

.:Pernah dengar tentang Breast Abscess?? Aku pernah mengalaminya :.

Sebelum ni memang aku xamek port pasal penyakit nie. Dan xpernah terpikir utk aku mengalami nya. Bagi aku itu merupakan satu pengalaman dalam hidup aku. Mungkin pengalaman pahit. Kerana ia lah Nia trus xnk bf aku lagi. Tapi aku redha dengan segala ketentuan dari-Nya. Mungkin ade hikmah disebalik kejadian ini. Dan aku percaya akan kate-kate "Setiap penyakit yg diturunkan kat kite, maka salah satu dosa kite akan terhapus". Amin.

Biar aku trologikan kisah aku nie ye.
Sejurus selepas aku selamat melahirkan Nia, Nia diletak diatas dada aku. Aku mcm xpercaya ye da jdik mak org. Dpt anak comel plak tuh. Hehe. Pastu Nia dimandikan oleh nurse. Da ciap mandi Nia diberi kat aku utk disusukan. Alhamdulillah nurse di Hosp. Batu Pahat memang peramah. Dan alhamdulillah juga masa tu Nia dengan mudah nya mencari breast aku utk menyusu. Dan mase tu juga aku trus masukkan ke dalam mulot die dan die pandai hisap. Susu mase tu pon da keluar. Walaupon xbanyak tp ckup utk kenyangkan die masa tuh. Alhamdulillah sangat2. 

Selepas tu dari hari ke hari aku semakin enjoy bf kan die. Sampai la satu hari tu nipple belah kiri nie luke. Aku stop bagikan dia yang belah kiri sbb sakit time die hisap. Lagipon Nia mmg xsuke sgt dengan yang belah kiri nie. Nipple tenggelam. Dia syok hisap yang belah kanan. Bila jadik kes macam tuh bile die menangis je aku akan bg hisap yang belah kanan la. Sampai la nipple belah kanan nie pon luke. Mase susu mmg banyak la kan. Aku tgk nipple belah kanan aku mse tu laen macam ckit. Nipple jdik keras then bila lepas bagi Nia susu, nipple aku akan berbentuk leper. Bila pakai coli nipple aku terbengkok. Macam terlipat gtu la. 

Pastu aku mengalami demam. Suhu badan jap panas jap sejuk. Mase tuh breast aku belah kanan da mula rse sakit. Rase keras dan membengkak. Tapi aku xbgtau mak aku pon. Badan aku plak tumbuh bintik-bintik merah. Aku g klinik. Dktor kata demam campak. Aku pon makan la ubat n try berubat tradisional. Alhamdulillah bintik-bintik merah da kurang n ilang. Tp suhu badan aku jap on jap off. Mase tu breast masih sakit lagi. Aku ckp ngan mak breast aku sakit then mcm bengkak. Mak soh aku rajin-rajin tuamkan air panas. Aku pon buat la mcm mak suroh. Tp xberhasil. Masih membengkak dan sakit. 

Dapat ari ke 38 aku berpantang, aku try urut-urut breast n nipple aku. Aku mcm terkejut sbb kuar cecair berwarna hijau-hijau kuning. Aku tanya mak. Mak kate xde ape2 la tuh. Mak aku pon xtau sbb xpernah mengalami bende mcm tuh kan. Sampai petang tu aku soh mak bidan tgk kan aku pye breast. Reaksi dia amatlah menyeramkan aku. Mak bidan tu soh aku g klinik. Dia kate da teruk nie. Mmg kene bawak g klinik. Dia tgk nipple aku, dia kate mcm nipple aku tersumbat. Malam nye tu jugak aku g ajak suami ke klinik. Masuk bilik dktor, die ckap ade nanah dalam breast aku. Die bagi ubat dan die pesan 5 ari lagi dtg klinik lagi. Selang 5 ari aku g klinik lagi. Dan dktor trus buat surat utk aku ke pakar! 

Masa tuh mmg la mcm2 aku pikir. Aku balek umah. Esk pagi nya bru aku ke pakar. Sampai kt pakar dktor buat scan. Tgu keputusan scan. Dan hasilnya dktor kate :

Dr : "Awak ade 2 care je. Samade nk sedut atau operate."
Aku : "Kalo xsedut atau operate xboleh ke dktor?"
 Dr : Xboleh. Kalo mkan antibiotik takut ambil mase yang lame utk pulih."
Aku : "Kalo sedut gune ape?"
Dr : "Gune jarum. Tp kite akan buat 2 3 kali la."
Aku : "Buat sekali arung ke?"
Dr : "Xla. Kita buat hari lain-lain."
Aku : "Kalo operate buat bile?"
Dr : "Ari nie. Sy akan dapatkan giliran awk petang nie. Kalo sedut pon ptg nie jugak."
Dr : "So mcm mane?"
Aku : "Xtau la dktor. Blur nk buat keputusan."
Serius aku mmg mcm terkejut dgn brite ini. Memang xsangka langsung. Rasa sakit mse bersalin pon mcm masih terbayang-bayang lagi. Nie kan pula nk kene operate! 
Dr : "Suami awak mane?"
Aku :"Suami sy kluar kejap ade hal ckit."
Dr : "Awak keluar dulu. Bincang dulu dengan suami. Nanti da dpt keputusan bagtau saya."

Aku pon keluar bilik dktor. Rase mcm nak nangis kt ctu jugak. Kluar je dari bilik dktor, trus nmpk kelibat suami. Suami tye ape cite. Aku nk cite kt die mse tuh mcm xterkeluar. Rse nk nangis! Last-last aku ajak die lepak kt luar hosp. Kt luar tu bru la aku cite kt die. Die pon mcm blur. Sejujur nya kami xsangke bende mcm nie jadik kat aku. Nangis trus mse kt luar hosp tuh. Suami kate try bgtau mak. Aku pon kol mak. Mak ckp nti die soh abah dtg hosp. Xlame lps tu abah pon dtg hspital. Abah decide soh operate je. Aku mcm 50-50 nk operate. Takutt!!!!!!!!!! Amek mase lame jugak nk kompem kan dgn dktor. Bila da dpt kekuatan ckit baru lah aku ajak suami n abah jumpe dktor.

So bila da kompemkan dgn dktor, dktor ckp mcm nie.

Dr : "Ok. Sya akan bookingkan awk kol 3ptg nie utk operate."
Mak aih! Mase dktor ckp tu aku tgk jam dalam kol 1blh. Cptnye kol 3 nk kene operate. Memang takut habiss! Abah plak nk balek. Dktor suruh aku follow asisstant die. Utk daftar wad. Time dftar tu dapat lah gift dari hospital. Tangan kene cucuk amek darah. Da dapat katil nurse suruh rehat. Aku ngantok sgt mase tu tp aku tahan utk tidak lelapkan mata. Sbb aku takut kalo da tido kang mase operate aku xleh lelap mate. Walaupun dktor kate time operate nanti awak akan dibius 1 badan. 

Dekat kol 3 nurse dtg bawak baju & serkup kepala. Nurse cakap nti kalo die soh salin baru la salin. Nmpak pakaian tu trus mengalir air mate. Mmg mcm xpercaya. Suami cuba pujuk. Teringat anak kt umah. Menangis lagi. Smpai la kol 3, nurse xde panggil lagi. Last-last dekat kol 6 bru nurse soh salin. Mase tu tuhan je yang tau mcm mane perasaan aku. Nk bersalin pon xde kene salin2 macam tu tau.

Aku ditolak masuk ke bilik operate. Da mcm dalam drama pon ada. Aku baring kt atas katil then nurse tolak. Kt ujung kaki suami teman. Mase tu tgk je muke suami. Memang takut giler je yg rase mase tuh. Dalam 6:15 ptg aku start operate n kol 6:45 aku da ditolak utk masuk ke wad. Mase lps operate dktor n nurse kejut cakap da siap operate. Aku hanya mengiakan aje. Memang xlarat sgt nk buka mata. 

Dalam tgh tido tu aku ade dgr sore adik aku. Die singgah melawat aku mase balik dari keje. Tp aku xlarat nk bukak mata. Aku sedar betol dalam kol 9lbh mlm. Tu pon sbb abah n adik dtg. 

Esk nya aku da boleh discharge. Alhamdulillah. Rutin aku pada keesokan hari dan hari berikutnya adalah g klinik untuk cuci bahagian yang dioperate tuh. Aku cuci kt klinik kerajaan je. Mmg sakitnya tuhan saja yang tahu. Mmg dktor pakar cakap ngan aku soh bgtau nurse yang tukang cuci tu, bersihkan smpi bahagian dalam. So mmg kene korek2 dgn kapas la mase cuci tuh. Sakitttt.Tapi nasib baek nurse kat citu semuanya sudah kenal aku dan layanan dorg kt aku mmg baik. Dorg pon terkejut bila dengar cite aku. Pastu ada 1 hari aku try g cuci kt klinik panel aku. Mmg klinik tu ramai org. Tgu turn mmg lame la. Pastu nurse kt ctu leh cuci gune ubat kuning! Sakitnya lebih dari cuci kt klinik kerajaan td. Aku ciap soh nurse tu cuci pelan2 n stop2 bagi aku tarik nafas. Bayangkan lah! Pastu aku serik nk g cuci kt klinik tuh. Aku cuci kt klinik kerajaan je smpi la luke operation tu sembuh dan bercantum sendiri. Hampir sebulan jugak la aku buat rutin harian tuh. Hampir sebulan gak tiap2 pagi muke aku da tercongok kt klinik.

Aku berharap sangat perkara mcm nie xkan terjadi lagi kt aku mahupun ahli keluarga aku. Cukuplah aku sorang yang mengalami nya. Dan cukuplah sekali tu aku mengalaminya. Nauzubillah. Dijauhkan Ya Allah. Amin.

Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

Thursday, October 11, 2012

.:Mandi adalah Hobi Nia:.

Memang dari mule lahir smpilah sekarang nie bila part mandi je dia akan suka. Start bukak kan pampers dan baju je dia da akan suka. Kalo time tu dia nangis then bukak kan baju, otomatik dia akan berhenti menangis. Bila da masukkan dalam besen air pon xnangis. Bagus la anak mama nie. Cuma skrg agak susah nk mandikan dia. Dia da ligat sgt. Kaki da pandai tolak2. Tangan plak da pandai pgg tepi besen. Alolo comelnya!.


aww! sensored. hehe

Excited beno dpt maen air ye.


Pndg kamera jap lah!




Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..