:: salam dunia salam semua ::

:: Terima kasih sbb sudi jengah blog nie. Bile da jengah tu silelah follow k. Xpon tinggalkan jejak kt shoutbox. Kompem aku akn follow korg balek. Jase kamu semua amatlah dihargai! ::



Hei korang! Jom la beli baju-baju si comel korang. Murah je uols.

InsyaAllah aku akan update baju-baju yang lain.


Klik sini ye.

Noor Syazwani



Followers

..+jempot masok+..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

~Seronok klik cini~

Recent Visitors

Wednesday, January 11, 2012

Risiko Kafein ketika Mengandung

Salam korg. Ari nie aku nk share 1 bende. Aku rse ramai kot ibu2 mengandung yg da tau pasal info nie. Tp aku just nk share dgn lbh terperinci je. Aku akui mmg peminta tegar kopi o. Sbb ari2 kt umah mmg akn minum air kopi o. Nescafe plak mmg aku  minat cume jrg aku minum. Sesekali je. Tp kalo da minum akn rse ketagih gtu. Kt bwh nie aku akn share kt korg tentang bahaye nye pengambilan kafein ketika mengandung.

Apa itu kaffien?


Kebanyakan daripada kita tidak menyedari bahawa kaffien sebenarnya adalah dadah seperti nikotin dan alkohol. Ia boleh menyebabkan ketagihan dimana kita akan merasa terlalu menginginkan kopi untuk diminum. Kaffien juga dikenali sebagai guareine dan mateine dimana ia dijumpai daripada sumber semulajadi daripada tumbuhan, kekacang dan bijian. Kaffien bertindak seperti meransang sistem saraf di dalam badan kita dan ianya boleh menyerap ke dalam saluran darah dalam hanya 15 minit selepas pengambilan kaffien. Apabila ianya diserap dalam kuantiti yang banyak, kaffien boleh menyebabkan reaksi fizikal yang kurang baik.
Dimana Kaffien dijumpai?

Kebanyakan kaffien terdapat didalam kopi dan teh. Ia juga dijumpai didalam beberapa jenis makanan termasuk:
  1. Coke
  2. Minuman Coklat
  3. Coklat
  4. Sesetengah kekacang.

Kaffien juga dijumpai didalam sesetengah ubat-ubatan.

Apakah kesan pengambilan Kaffien?

Jika anda merasakan seperti kepeningan selepas meminum terlalu banyak teh atau kopi, ia adalah kesan daripada kaffien didalam minuman tersebut. Kaffien boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan pada badan termasuklah :
  1. Menaikkan kadar denyupan jantung
  2. Menaikkan darah tinggi
  3. Menyebabkan kencing manis.

Kaffien boleh menyebabkan banyak air kencing dikumuhkan dan bertindak sebagai diuratik. Ini bermakna ia boleh menyebabkan kehilangan air dalam badan dimana ia akan menghilangkan kelembapan didalam badan dan keletihan. Jika badan anda menyerap lebih banyak kaffien, ia mungkin menyebabkan “caffeine overdose” dimana ia mendatangkan simptom seperti muntah-muntah, sakit kepala dan masalah pernafasan.

Kesan kaffien terhadap bayi yang dikandung.

Kaffien boleh menyebabkan permasalahan semasa kehamilan. Penganalisa membahaskan tentang berapa banyak kaffein yang dibolehkan semasa hamil dan kuantiti yang akan menyebabkan kesan fizikal kepada bayi didalam kandungan. Ini adalah kerana kaffien boleh menembusi plasenta dan menyerap masuk ke dalam bayi. Badan orang dewasa mampu menggagalkan fungsi kaffien dengan agak cepat melalui proses kimia yang terdapat di dalam badan tetapi tidak pada bayi di dalam kandungan. Ini bermakna kaffien akan tersimpan didalam darah bayi tersebut untuk tempoh yang agak lama dan akan menyebabkan bahaya pada bayi jika level kaffien tinggi.

Kaffien juga mendatangkan kesan lain pada kesihatan bayi di dalam kandungan. Ia didapati akan menaikkan kadar degupan jantung bayi dan mungkin mengganggu pergerakan bayi di dalam kandungan. Disebabkan sifat kaffien adalah duratik, ia juga akan mengganggu nutrisi bayi yang diterima daripada ibunya. Pengambilan kaffien boleh menyebabkan badan kurang menyerap zat besi dan kalsium daripada makanan dan mendatangkan bahaya untuk keseluruhan perkembangan fetus.

Kaffien dan Keguguran
Kajian terbaru hanya fokus kepada kesan pengambilan kopi semasa kehamilan. Kajian terhadap lebih 80,000 perempuan hamil terhadap penghambilan kopi didalam menu makanan mereka menunjukkan perempuan yang mengambil banyak kopi sewaktu mengandung berpeluang untuk gugur. Perempuan yang meminum 2 gelas kopi sehari boleh meningkatkan risiko keguguran dan perempuan yang minum 8 cawan atau lebih kopi sehari akan meningkatkan lebih 59% risiko keguguran. Ianya sangat penting untuk anda mengetahui jumlah pengambilan kaffien anda dalam menu seharian semasa hamil.

Yang menariknya kajian ini hanya menunjukkan kopi sahaja yang berisiko besar terhadap keguguran manakala lain-lain pemakanan tidak menunjukkan risiko yang sama tetapi penganalisa-pengalisa tersebut percaya bahawa ubat-ubatan yang mengandungi kaffein juga memainkan peranan yang sama iaitu risiko yang tinggi terhadap keguguran.

Jumlah kaffein yang merbahaya

Kebanyakan doktor akan menasihatkan supaya menghentikan pengambilan kaffien di dalam diet kehamilan anda. Tetapi kebanyakan wanita hamil merasa sukar untuk mengamalkan diet tanpa kaffien kerana kebanyakan makanan paling tidak mengandungi sedikit kandungan kaffien. Jika anda merasa sukar untuk membuang kaffien di dalam diet kehamilan anda, pengambilan yang sedikit tidak akan mengganggu kesihatan bayi di dalam kandungan. Walaubagaimanapun, ia adalah penting untuk mengetahui bahawa kaffien adalah bahaya untuk bayi di dalam kandungan terutama di dalam kuantiti yang banyak. Oleh sebab itu ambillah langkah untuk mengurangkan pengambilan kaffien di dalam diet kehamilan anda.


  
info :http://viaemma.blogspot.com/2008/12/kaitan-kaffien-dalam-kehamilan.html


p/s : so bg mereka2 yg mmg kaki nescafe @ kopi, moh ler kite same2 kurangkan pengambilan nye ye. :)


 

Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

5 comments:

  1. hehe...saya pon peminat tegar kopi....
    da pregnant ni kdg2 tensyen gak tak dpt minum kopi....

    dtg rmh org, bile serve kopi....terus amek peluang minum...kah3....

    tp da jumpa minuman br gantikan kopi....minum habbatus sauda, takde kafein, sedap...rasa mcm kopi......plus sihat, dan makanan yg dianjurkan nabi...hehe

    ReplyDelete
  2. cik lijah: tau xpe...kdg kt umah pon curi minum ckit2..hehe

    ekin: yup. msti kne kurgkn...utk kebaikan bby jugak..:)

    ReplyDelete

..+respon korang+..