:: salam dunia salam semua ::

:: Terima kasih sbb sudi jengah blog nie. Bile da jengah tu silelah follow k. Xpon tinggalkan jejak kt shoutbox. Kompem aku akn follow korg balek. Jase kamu semua amatlah dihargai! ::



Hei korang! Jom la beli baju-baju si comel korang. Murah je uols.

InsyaAllah aku akan update baju-baju yang lain.


Klik sini ye.

Noor Syazwani



Followers

..+jempot masok+..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

~Seronok klik cini~

Sunday, February 24, 2013

.:Tips Mengurangkan Kesakitan pada Baby:.

Sebagai mommies, kita memang kalo boleh tak nak anak kite sakit. Ye tak? Dan secara jujurnya aku masih tidak mahir dalam menangani anak ketika sedang sakit. Maksud cara @ tips untuk mengurangkan kesakitan pada baby tuh. Bagi yang da tau tuh, senyap-senyap aje ye. Hehe. Meh aku share ngan korang. Sharing is caring. Lets Go!!


1. BATUK DAN SELSEMA
penyakit ini boleh menyerang bayi pada bila2 masa dan mudah untuk berulang semula... 
                                                                Gejala
 Hidung si kecil berair dan mungkin tersumbat hingga menyukarkannya bernafas... dan adakalanya disertai dengan batuk dan demam.


Rawatan
Jika hidung bayi tersumbat dengan kotoran...anda boleh cuba keluarkan dengan menggunakan pam khas yang direka untuk tujuan tersebut.(ada jual dipasaran...saya beli tapi tak guna... sebab saya guna manual... nak tahu caranya?... baca la lagi...)Tidurkan bayi dengan posisi kepala yang lebih tinggi daripada badan@ boleh juga dengan posisi meniarap(tapi posisi ini agak bahaya jika bayi masih kecil... kerana dia masih belum kuat untuk mengangkat kepala dibimbangi bayi akan lemas...)Kurangkan penggunaan penghawa dingin kerana ia boleh meyebabkan hidung bayi semakin berair dan tersumbat...biasanya penyakit ini mula sembuh setelah 2 ke 3 hari...namun! jika penyakit ini tiada perubahan, sila lah bawa bayi anda ke klinik...

2. JANGKITAN TELINGA
Jangkitan ini menyebabkan telinga bayi rasa sakit dan menyebabkannya sentiasa meragam...
malah boleh menyebabkan bayi demam, keletihan dan demam...

Gejala

telinga bayi mengeluarkan bau yang kurang enak...

Rawatan

Penyakit ini sangat bahaya untuk anda tangani sendiri...sebaiknya berjumpa dengan doktor...
selalunya ubat titis akan digunakan...
Ia mengambila masa 2 ke 3 hari untuk sembuh...
3. CIRIT BIRIT

Gejala
Bayi membuang air besar lebih daripada 3 kali sehari...
najisnya amat cair...
disusuli muntah dan demam...

Rawatan
Jika bayi menyusu badan,
tingkatkan pemberian susu ibu kerana ia mengandungi antibodi yang mampu membunuh bakteria yang menyebabkan cirit birit.
jika selepas sehari keadaanya masih belum berkurangan...
bawalah berjumpa doktor dengan segera...
cirit birit yang berterusan boleh menyebabkan tubuh bayi kekurangan air...
dan jika badannya terlalu terhidrat (kering) boleh menyebabkan kematian...
jadi jangan pandang ini sebagai masalah yang remeh!
4. SESAK NAFAS

Gejala
selalunya keadaan ini diiringi dengan batuk ...
bayi kelihatan seperti sukar untuk bernafas dan suaranya tertahan2
adakalanya bayi juga turut mengalami demam...

Rawatan
legakan sedikit keadaan bayi dengan menyapu sedikit minyak bayi pada dadanya...
anda juga boleh basahkan tuala dengan air suam dan lekapkan pada dadanya...
jika tidak berkurangan...segeralah bawa berjumpa dengan doktor...
5. MUNTAH@JELUAK
Gejala
Bayi mengeluarkan semula susu yang diminum atau makanannya

Rawatan
Sendawakan bayi terlebih dahulu setiap kali selepas memberi susu atau makan...
Sewaktu tidur, ubah posisi agar perutnya tidak tertekan seperti posisi mengiring atau terlentang (the best is terlentang)
Keadaannya biasanya cepat pulih...

   

6. SAKIT KERONGKONG
Gejala
apabila mengalami masalah ini..
bayi akan hilang selera makan kerana sukar untuk menelan makanan selain membuatkannya banyak meragam...
juga turut disertai dengan demam ringan...
Rawatan
Jika bayi sudah diberi makanan, elakkan makanan keras...
sebaiknya berikan makanan cair dan mudah ditelan seperti sup atau jus buah2an...
Elakkan minuman yang masam @ yang boleh menambahkan lagi sakit kerongkongnya....
biasanya akan mula sembuh setelah 2 hari....

7. ALAHAN
Bergantung kepada bahagian kulit yang mudah alergik...
biasanya bahagian belakang, kepala, punggung...
Gejala
Kulit akan keradangan, kemerahan atau timbul bintik2 halus kerana sensitivi kulit terganggu...
Rawatan
Jauhkan daripada faktor yang boleh menyebabkannya alahan...
Sapukan ubat yang sesuai seperti yang disarankan oleh doktor...

8. SEMBELIT
Gejala
Bayi sukar membuang air besar...
Najisnya keras dan sukar keluar hingga menyebabkan bayi menangis sewaktu meneran...
adakalanya najis turut disertai dengan darah...
Rawatan
Ubah pola pemakanan bayi...
Elakkan makanan keras...
Banyakkan makanan yang lembut dan cair...
tambahkan sayuran dalam makanannya...
biasanya sembelit akan sembuh dalam masa 3 hari...
namun! jika ianya berterusan perlu segera dapatkan rawatan dengan doktor...
  
9. JANGKITAN SALURAN KENCING
Gejala
Si kecil akan menangis sewaktu membuang air atau meneran...
Jumlah urinnya hanya sedikit namun terlalu kerap membuang air kecil...
adakalanya masalah ini boleh menyebabkan bayi mengalami demam...
Rawatan
Beri si kecil minum banyak air...
Jika bayi menyusu badan~ tingkatkan penyusuan untuk membantu mengatasi masalah ini...
Selalunya akan sembuh dalam masa 2 hari...

10. RUAM LAMPIN
Gejala
Kulit disekitar alat kelamin dan pangkal paha menjadi kemerahan disertai dengan bintik2 kecil...
Adakalanya jika dibiarkan kulit akan menggelupas dan luka...
Rawatan
Pastikan kulit disekitar pangkal paha bayi sentiasa bersih dan kering sewaktu menukar lampin...
sapukan ubat untuk mengatasi ruam lampin sebelum memakai lampin...
sentiasa periksa lampin bayi dan kerap tukar jika si kecil kerap buang air...


sumber  : SINI

Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

No comments:

Post a Comment

..+respon korang+..