:: salam dunia salam semua ::

:: Terima kasih sbb sudi jengah blog nie. Bile da jengah tu silelah follow k. Xpon tinggalkan jejak kt shoutbox. Kompem aku akn follow korg balek. Jase kamu semua amatlah dihargai! ::



Hei korang! Jom la beli baju-baju si comel korang. Murah je uols.

InsyaAllah aku akan update baju-baju yang lain.


Klik sini ye.

Noor Syazwani



Followers

..+jempot masok+..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

~Seronok klik cini~

Thursday, February 21, 2013

.:Khasiat Madu Khaula - Baby batuk dan Selesema:.

Hanania masuk 6 bulan asik kene selesema dan batuk. Dalam sebulan mesti sekali akan kene. Naik risau jugak. Kesian tengok dia tido terganggu sbb susah nak bernafas. Dan dalam masa yang sama aku bawak Hanania ke klinik swasta. Dalam 2 3 klinik yang aku pegi, hanya ada satu klinik yang ubat batuk dan slesema nya serasi dengan Hanania. Tapi yang menjadi masalah nya klinik tu jauh dari rumah aku. Pastu macam kesian nak bagi dia makan ubat setiap kali batuk dan selesema. Pling kurang aku akan bagi sekali sehari makan ubat iaitu waktu malam. Sebab nak bagi Hanania tido lena. Huhu

So satu hari tuh, aku pos la kt fb pasal Hanania yang mudah kene batuk dan selesema. Lepas tu ada 2 3 orang yang komen suggestkan bagi madu khaula untuk Hanania. Sebelum nie cousin aku pon ada suggestkan bagi madu, cume cousin aku x bagi detail jenis madu tuh. Sebab kalo anak die batuk, pengasuh akan bagi minum madu. Dan alhamdulillah batuk hilang. Aku terfikir-fikir kat mana la nk cari madu khaula nie. Pada masa tu pulak Hanania da baik batuk dan selesema. Jadi aku pon xteruskan usaha nak mencari madu khaula nie. 

Sampai la satu hari, aku teman mak g klinik kt pekan tempat aku tinggal. Tengah daftar kan nama mak kt kaunter aku terpandang madu khaula nie. Ape lagi aku trus beli kooooooooo. Bende da ada depan mata. Kt klinik nie ada jual 2 jenis saiz. Botol yang sedang besar nya dan botol yang besar. Harga untuk botol yang sedang tu kalo xsilap RM34 & untuk botol yang besar dalam RM69. Aku beli yang botol sedang je. Botol yang sedang tu pon da banyak kot pada aku.  So bila Hanania selesema, aku trus bagi madu khaula nie untuk dia. Oh ye, sebelum beli aku tanya pendapat doktor dulu. Madu khaula nie sesuai untuk baby. Dan memang bagus untuk baby yang batuk dan selesema. Doktor suggestkan aku bancuh madu khaula nie sedikit dengan air suam. Then suap kt Hanania seperti biasa. Doktor xsuggestkan aku masukkan dalam botol susu, takut nanti baby trus xnak hisap susu dek kerana manis beno.

Alhamdulillah, selepas tu batuk dan selesema berkurangan. Dan semalam Hanania mula batuk dan selesema lagi. Salah aku jugak kot xamalkan minum madu nie kt Hanania. Bila batuk & seleema nya da sembuh aku trus skip xbagi die minum madu lagi. Kata doktor bagus kalo amalkan minum madu nie kt baby. InsyaAllah lepas nie aku nak amalkan untuk Hanania. 

Ni la rupa madu tuh. :-)

Then tadi aku try google sejauh mana kebenaran khasit madu khaula nie.

Soalan Yang Sering Ditanya-Madu dan Kesihatan

Apa itu Madu Khaula ?

Madu Khaula adalah madu asli yang diimport oleh Khaula Trading secara terus dari Republik Islam Iran. Khaula Trading memegang lesen pengedar tunggal untuk pasaran Malaysia dan Asia Tenggara atas jenama KHAULA. Jenama KHAULA ini telah didaftarkan sebagai TM (Trademark) atau tanda perniagaan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia.


Adakah Madu Khaula ini benar-benar madu asli?

Ya, madu ini telah disahkan asli malah berkualiti Gred A hasil dari analisis dimakmal madu di Azarbaijan, Iran dan makmal UNIPEQ, UKM Malaysia. Madu Khaula dijamin mengandungi kandungan sukrosa kurang 5% dan kandungan lembapan kurang 20% dan nilai ini adalah mengatasi piawaian International Honey Comission (IHC) dan dikelaskan sebagai Madu Gred A. Pengusaha Madu Khaula, Sabalan Shahd Co, Azarbayjan, Iran memiliki proses kawalan mutu madu (Quality Control) yang ketat sebelum diizinkan untuk eksport ke luar negara seperti UK, Oman, Yaman, Arab Saudi dan Asia Tenggara termasuk Malaysia. Pihak pengusaha ada menghantar sijil pengesahan analisis makmal setiap kali shipment Madu Khaula.


Apakah perbezaan antara Madu Khaula ini dengan lain-lain madu?

Madu ini mempunyai rasa yang harmonis, lembut, pekat dan mempunyai aroma tersendiri di mana dengan aroma dan rasanya itu, kanak-kanak sekalipun sukakannya. Di samping itu, madu ini dihasilkan oleh lebah-lebah yang dijinakkan di kawasan pergunungan yang mempunyai iklim 4 musim dan berbeza dari iklim di Malaysia yang sentiasa panas dan lembap sepanjang tahun. Perbezaan iklim ini mempengaruhi jenis tumbuhan dan bunga yang tumbuh di mana lebah-lebah ini akan mengambil manisan mereka.


Bagaimanakah cara madu ini dibungkus/dipekkan?

Madu ini dikeluarkan dalam 2 jenis iaitu yang mempunyai sarang lebah dan tanpa sarang lebah. Berat setiap botol adalah lebih kurang 1300g atau 1.3kg termasuk botol (berat botol 300g). Madu ini menjalani proses pensterilan dan pembekuan untuk mencegah bakteria semasa proses pembungkusan. Ia dijamin selamat dari bakteria.


Mengapa Madu Khaula ini tidak boleh disimpan di dalam peti ais?

Madu paling baik disimpan dalam suhu lebih kurang 20 darjah Celsius.Madu ini mempunyai sifat higroskopis iaitu berupaya menyerap lembapan dan cairan dan ini baik bagi penggunaan mengawal kanak-kanak yang kencing semasa tidur. Madu ini juga membantu untuk tidur yang lebih nyenyak kerana sifat sedatifnya (menenangkan saraf) yang lembut. Madu juga mempunyai sifat laksatif yang ringan. Apabila madu disimpan di dalam peti ais, sebahagian dari sifat dan keupayaan semulajadinya akan berkurangan dan akan menyebabkan nilai perubatannya turut berkurang. Adalah satu perkara yang merugikan jika ini berlaku sedangkan madu ini tidak pun akan menjadi rosak jika disimpan di tempat yang biasa kita menyimpan gula dan garam. Asal sahaja kita tidak membiarkan ia terdedah kepada udara dan serangga.

Ada orang mengatakan madu asli tidak akan didekati oleh semut?

Kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali. Madu mengandungi manisan/gula. Walau bagaimanapun manisan/gula ini tidak sama dari segi bentuk/struktur semulajadinya. Gula madu tidak sama dengan gula tebu (sukrosa). Gula madu terdiri dari Dekstrosa dan Levulosa dalam sekitar (75-83%). Dekstrosa boleh segera diserap ke dalam darah manakala Levulosa lebih lambat sedikit bagi mengawal keseimbangan gula dalam darah. Oleh yang demikian adalah mustahil sama sekali semut tidak mendekati madu ini. Sebenarnya fenomena ini berlaku kerana kelainan sifat madu antara Madu Khaula dan madu tempatan. Kandungan sulfur dan kuprum yang lebih tinggi dalam madu tempatan menyebabkan madu ini bersifat panas, justeru itu semut yang mempunyai deria sensitif tidak akan mendekati madu tempatan. Manakala Madu Khaula bersifat 'tidak panas' maka semut akan mendekati dan jika dicampur dengan telur maka telur juga tidak akan membeku di dalam Madu Khaula.


Apakah kelebihan Madu Khaula berbanding gula dalam bentuk lain?

1. Madu tidak mengganggu saluran pencernaan.
2. Mudah dan cepat diasimilasi (proses menukarkan makanan berzat kepada tisu hidup).
3. Cepat memenuhi permintaan tenaga.
4. Meningkatkan kemampuan para olahragawan dan orang-orang lain yang memerlukan tenaga
baru dalam waktu yang relatif singkat.
5. Dari segala bentuk gula yang ada, madu merupakan yang paling mudah ditangani oleh ginjal.
6. Mempunyai kesan laksatif ringan dan bersifat semulajadi.
7. Memiliki nilai sedatif yang menenangkan tubuh.
8. Mudah didapati.
9. Secara relatif ia tidak terlalu mahal.

Mengapakah Madu Khaula ini lebih baik dimakan begitu sahaja tanpa dicampur ke dalam air?

Madu secara semulajadinya telah dijadikan Allah untuk diminum terus kerana ia telah dicernakan di dalam perut lebah terlebih dahulu. Apabila dicampur ke dalam air, tentu sekali sifat semulajadinya akan terjejas atau menjadi cair khususnya dari segi nilai perubatannya. Oleh yang demikian dicadangkan bagi orang dewasa dan kanak-kanak, minumlah madu secara terus mengikut sukatan yang dicadangkan manakala bagi bayi dicadangkan madu tersebut dicampur sedikit air untuk memudahkan proses pengambilan. Khaula Trading juga telah menyediakan risalah berkenaan cara pemakanan Madu Khaula berdasarkan testimoni pengguna yang telah sembuh setelah mengikut cara yang disyorkan itu.

Apakah kegunaan sarang lebah yang ada dalam Madu Khaula ?

Khaula Trading memasarkan 2 bentuk madu. Salah satu mengandungi sarang lebah. Sarang lebah digunakan khusus untuk mengubati gangguan-gangguan tertentu pada saluran pernafasan. Ia baik bagi pengidap hidung tersumbat akibat alahan, sinusitis dan penyakit akibat gangguan saluran pernafasan. Ia bagus dikunyah begitu sahaja sebesar ibu jari sehingga sarang itu mengecil dan buangkan sisanya. Amalan pengambilan madu akan membantu pengidap penyakit tersebut menghirup udara segar melalui hidung dan bukan melalui mulut..

sumber : sini

Bawah nie sumber dari link lain pulak.

Khasiat Madu Asli Khaula ini telah terbukti pada pengguna-pengguna yang telah mencubanya untuk menghindarkan dari penyakit-penyakit yang seperti asma dan lelah, resdung, buasir, sakit jantung, batuk, darah tinggi, selsema, migrain, sakit tekak, tyroid dan kencing manis.

Madu Asli Khaula di jual dengan bersarang dan tidak bersarang. Untuk Pesakit kencing manis disyorkan menggunakan Madu Bersarang.

MADU KHAULA DIJAMIN MENGANDUNGI KANDUNGAN GULA SUKROSA KURANG 5% DAN KANDUNGAN LEMBAPAN KURANG 17.5% (MADU GRED A MENGIKUT PENGKELASAN INTERNATIONAL HONEY COMMISION (IHC)

Madu KHAULA dapat memulihkan sistem dalaman badan manusia dengan :
  • Memanaskan badan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Mengimbangkan diet badan
  • Menguatkan tenaga dalaman
  • Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
  • Melawaskan usus besar dan kecil
  • Madu ini juga berfungsi sebagai
  • Anti-alergik
  • Anti-septik
  • Anti-anemia
  • Anti-ulcer

Dari Ibnu Majah, Al-Hakim daripada Ibnu Masul (R.A): Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Madu adalah penyembuh bagi penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit di dalam hati. Maka berubatlah kamu dengan madu dan Al-Quran".

Amalan menyukai dan memakan madu merupakan amalan Rasulullah S.A.W. Lebah telah mendapat ilham dari Allah dan madunya dijadikan sebagai penawar untuk penyakit seperti dinyatakan di dalam Surah An-Nahl Ayat 68-69. Jadikanlah ia satu amalan harian kita semua.



TESTIMONI




Dr Norizam, Doktor Pakar dari Hospital Johor Bharu menyatakan selepas mengamalkan minum Madu Asli Iran Khaula dengan betul, beliau telah sembuh dari beberapa penyakit fizikal yang dialaminya iaitu alahan kulit dan resdung. Beliau juga mendakwa masalah darah gemuruh, jiwa gelisah dan tidak tenang telah dapat diatasi. Alhamdulillah.
--------------------------------------------------------------------------------
Hjh Zan Mohd Zain, 65 tahun seorang pengidap diabetes/kencing manis selama 12 tahun menyatakan kandungan glukos dalam darah kembali normal setelah mengamalkan minum Madu Asli Iran Khaula selama hampir 2 bulan dengan cara yang betul.
--------------------------------------------------------------------------------
Pn Khaula, Tuan punya Khaula Trading, seorang ibu dan ahli perniagaan telah pulih dari sakit puan (rahim hampir dibuang), asma dan kegemukan setelah mengamalkan minum Madu Asli Iran Khaula sebanyak lebih kurang 2 kg.
--------------------------------------------------------------------------------
Tuan Alia dari Shah Alam, telah beransur baik dari penyakit resdung, hidung berair dan jerawat bernanah setelah minum Madu Asli Iran Khaula selama sebulan.
--------------------------------------------------------------------------------
Cikgu Zulkifli, telah beransur sembuh dari penyakit migraine setelah mengamalkan minum Madu Asli Iran Khaula.


CARA PENGAMBILAN:
2 sudu makan besar, 3 x sehari (pagi, tghari, malam bagi minggu pertama)

2 sudu makan besar, 2 x sekali (pagi dan malam)
(Pagi: sebelum sarapan, Tengahari: sebelum/selepas makan, Malam: Selepas makan, seelok-eloknya masa hendak tidur. Selepas makan madu perlu disusuli dengan air)

Kanak-kanak: 1 sudu teh, 2 x sehari (pagi dan malam)

Bacalah selawat kepada Rasulullah 3 kali mohon keberkatan Al-Quran dan Sunnah. Bagus untuk wanita mengandung dan bayi. Hanya gunakan sudu plastik/kaca/kayu. Jangan disimpan dalam peti ais.

Bagi yang mengalami masalah kesihatan, bergantung kepada individu itu sendiri tetapi secara umumnya yang sakit kena makan lebih.


sumber : sini



















p/s : Doktor pesan kalo bagi makan madu khaula kene guna sudu plastik ye. :-)

Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

5 comments:

  1. kalau bg baby mkn x panas ke? madu bukan panas ke.

    ReplyDelete
  2. madu khaula memang bagus.. officemate advice ciknaa suruh bagi anak mkn.. alhamdulillah batuk makin surut, skrg hilang terus.. kdg2 masuk jgak dlm bubur nasi dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kite xnk skip bg die makan la. oh dlm bubur pon letak eh...cdgan yang bagus tu. boleh try...:-)

      Delete

..+respon korang+..