:: salam dunia salam semua ::

:: Terima kasih sbb sudi jengah blog nie. Bile da jengah tu silelah follow k. Xpon tinggalkan jejak kt shoutbox. Kompem aku akn follow korg balek. Jase kamu semua amatlah dihargai! ::



Hei korang! Jom la beli baju-baju si comel korang. Murah je uols.

InsyaAllah aku akan update baju-baju yang lain.


Klik sini ye.

Noor Syazwani



Followers

..+jempot masok+..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

~Seronok klik cini~

Wednesday, February 20, 2013

.:Rumah Family VS Rumah Sendiri:.

Salam. 

Untuk pengetahuan korang, aku dari sejak kawen smpai la sekarang still duduk dgn family aku. Da nak dekat 2 tahun kawen pon. Tapo masih duduk bawah ketiak mak abah lagi. Kadang bila dgr orang bercakap macam tu, rase nak marah pon ada, rasa tersinggung, kecik ati. Kenapa la dengan mulot orang-orang nie kan? Aku xkacau kehidupan korang sudah. 

Aku pon macam orang lain jugak. Nak merasa hidup berdikari. Walau duduk rumah sewa sekalipon, aku still ada niat. Suami pon kadang ada menyuarakan hasrat tanya aku "Bila kita nak pindah?" Aku hanya mampu jawab "nanti la.." Tak pon hanya mampu senyum je. Peratus untuk duduk rumah sendiri adalah 40% manakala duduk ngan family 60%. Aku pon tak tau kenapa. Mungkin aku berasa seronok kot dok ngan mak abah. Dapat tengok dorg ketawa, senyum setiap hari. Walaupon kat rumah aku tu masih ada adik-adik aku yang duduk situ. Kira nya maksud aku, kalau aku tak duduk situ pon still kecoh la dengan suara adik-adik aku.  

Aku adalah anak sulong dalam keluarga. Kadang aku rasa aku belum dapat membalas jasa mak abah. Jadi bila duduk dengan dorang kalau dorang perlukan bantuan, aku dan suami sentiasa ada untuk membantu dorang. Walaupon majoriti yang duduk dalam rumah aku tu semua pandai bawak moto & kereta, tapi kalau da name nya malang xberbau, kalau tetiba dorg perlukan bantuan aku atau suami boleh jadi driver dorg. Oleh kerana aku anak sulong, maka Hanania merupakan cucu sulong untuk mak & abah la. Makin ceria kot rumah mak abah dengan kehadiran Hanania. Cucu pertama la katakan. Mak abah pulak jenis orang xberkira. Mak & abah lagi suka kot aku, suami & hanania duduk same dengan dorang.

Kadang bila ada orang yang da lame xjumpe mak & abah. Then bila jumpa mak & abah, dorang mesti ckap makin semangat tgk mak n abah. Lepas tu mak mesti balas, "Ati senang, anak semua ada depan mata". Lepas tu kadang family in law dtg rumah mak & abah. Dorang bermalam kat rumah mak abah. Mak abah xkisah pon. Family in law pon jadi macam da biasa dengan keadaan macam tuh. So lagi senang dorang nak berborak panjang kot. 

Lagi satu sebab aku duduk dengan family adalah kerana aku nie keje on-call. Waktu cuti, waktu malam, waktu pagi-pagi buta kadang kene angkat fon kalo ada fault. Kadang kalo melibatkan malam dan pagi-pagi buta nie msetilah aku kaut suami aku sekali ajak teman. Nasib suami memahami. Tapi kadang bising jugak suami aku tuh. Tapi nak buat cm mane da namenye kerje kan. So bile aku da ajak suami Hanania mesti lah aku akan tinggal dengan mak & abah. Kalau waktu malam tu terpaksa dukong Hanania, alihkan tempat tdo dia. Letak sebelah mak abah. Kadang kalo kene waktu siang aku akan g sorang. Aku akan suruh suami yang jaga Hanania sampai la aku balik. Kalau balik malam, sampai malam la Hanania dengan mak dan suami kat rumah. 

Adik-adik aku plak bru merasa jadik makcik dan pakcik. Kompem la Hanania jadi rebutan. So bila aku kene kerja memang dorang la yang akan bantu mak tengok-tengokkan Hanania. Oh ye. Waktu kerja hari biasa aku hantar Hanania ke rumah pengasuh tau. Tapi rumah pengasuh sebelah umah mak abah je. Huhu. 

So pada korang yang dekat luar sana, jangan la nak pandang serong pada aku yang duduk dengan family nie ye. Walaupon aku dok dengan family aku, aku still buat kerja rumah ye. Memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagai nya. Aku bukan jenis orang yang dok rilek je. Aku pon tau malu walaupon dengan mak abah sendiri. Balik kerja penat-penat pon kadang memasak, membasuh baju, melipat kain. Aku paling xsuka  orang sindir-sindir cakap " Senang la ko, dok dengan family, semua kerja ada orang tolong buatkan." Pada aku itu hak masing-masing kot. Xpayah la nk bercakap sindir macam tuh. Kalo korang nak duduk dengan family korang pon boleh kot. Silakan. 


Ada sorang adik aku yang xmasuk dlm pic nie. :-)



p/s : Saya bersyukur dengan kehidupan yang Allah da aturkan untuk saya. :-)


Sepatah Dua Kata dari Kalian Pless..

1 comment:

  1. bestnye dpt dok ngan fmly
    fmly ekin jauh
    sejak dr form1 dah kene berdikari sendiri dok hostel
    smpi skrg dah kawin

    ReplyDelete

..+respon korang+..